‘Amanah Untukku Mendidik & Menjaga Isteri Keduaku Ini’- Dai’ Farhan Kahwin Janda Anak 8, Tak Sangka Ini Reaksi Isteri Pertama

Sebelum ini, industri seni tanah air pernah kec0h dengan kontr0versi membabitkan pencetus ummah Abu yang telah berkahwin dua sehingga mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan netizen.

Terbaru, juara bagi rancangan dakwah Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad pula secara terbuka telah mengumumkan perkahwinan keduanya di laman Instagramnya, semalam.

Menerusi satu posting yang dibuat di laman Instagramnya itu, Da’i Farhan telah memuatnaik beberapa keping gambar dipercayai bersama isteri keduanya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis olehnya, dia dan isteri telah dinikah dan disatukan di Tanah Suci, Mekah.

Allah yang pertemukan kami

Di dalam posting itu juga, dia turut memberikan penghargaan kepada isteri pertamanya yang tabah menerima hakikat tersebut.

Perkhabaran terbaru Da’i Farhan itu telah mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga turut mengucapkan tahniah di atas perkahwinan tersebut malah turut [email protected] dengan berita yang disampaikan olehnya itu. Bahkan, mereka juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina itu diberkati dan berpanjangan.

da’i Farhan sebelum ini pernah muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da’i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Jumaat malam.

Kemenangan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan lain.

Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da’i Ammar dan Da’i Izzhar terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati berupa wang tunai RM5,000 setiap seorang dan hadiah sampingan.

Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan oleh tiga juri tetap iaitu Zainal Ariffin, Sharhan Safie dan Harryanto Rizal Rokman.

Manakala Datuk Siti Nor Bahyah muncul sebagai juri jemputan.

Farhan yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.
“Ilmu yang saya dapat sepanjang berada dalam program ini sudah cukup besar ertinya kepada saya apatah lagi kemenangan pada malam ini.

“Ini adalah rezeki daripada Allah dan berkat doa kedua ibu bapa, keluarga dan penyokong,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Daifarhan via Oh Bulan

Kredit: ohbulan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*