Dalam Dewan Rakyat Tidak Boleh Makan Tapi Syed Saddiq Selamber Makan. Ini Komen Warganet Kepada Beliau

DUA keping gambar yang memperlihatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang menjamah makanan ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, hangat diperkatakan netizen.

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Friends of Biru pada Khamis memaparkan bekas Menteri Belia dan Sukan itu asyik menjamah makanan dalam sebuah bekas plastik yang diletakkan di atas mejanya.

Sambil mengunyah, wakil rakyat muda itu sesekali menaip sesuatu pada komputer ribanya tanpa menyedari gelagatnya yang sedang dirakam.

“ Dalam Dewan Rakyat mana boleh sesuka hati bawa bekal dan makan. Tetapi tengoklah kelaku cucu atok sorang ni, siap bawa bekal lagi makan dalam Dewan Rakyat.

“ Apa dia ingat Dewan Rakyat ni tak ada peraturan ke? Ingat Dewan rakyat ni Atok dia punya ke?” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama gambar beliau.

Dalam Dewan Rakyat mana boleh sesuka hati bawa bekal dan makan. Tetapi tengok lah kelaku cucu atok sorang ni, siap bawak…

Posted by Friends Of Biru on Wednesday, July 15, 2020

Difahamkan, ‘kejadian’ tersebut berlaku sewaktu Dewan Rakyat bersidang pada pagi tadi.

Laman Friends of Biru itu bagaimanapun tidak menyatakan gerangan individu yang merakamkan gelagat Syed Saddiq.

Gambar tersebut yang kini mulai tular di media sosial mengundang komen dan reaksi pelbagai daripada netizen.

Antara komen netizen terhadap perkongsian Friends of Biru.

“ Tidak menghormati Dewan Rakyat dan Speaker. Tidak ada adab,” komen seorang pelayar.

“ Gigih sungguh buat kerja sambil makan. Takut gastrik kot,” komen seorang lagi.

“ Takde masalah pun bawa bekal. Lagi elok lah tu. Kita dari kecik sampai besar pun masih bawa bekal… dulu mak buatkan bekal, sekarang sendiri buatkan bekal. Tapi kalau makan dalam dewan tu, rasanya tak boleh kot,” komen seorang lagi netizen.

MSTAR ONLINE via Trending All Mhi

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*