DAP Sokong Tun Mahathir Jadi Calon Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim Jadi TPM

DAP telah membuat keputusan untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, parti itu sudah membuat keputusan dan mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat keputusan dengan segera.

Jelas beliau, adalah penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut.

“Perlu ada hala tuju jelas berkenaan langkah ke hadapan. Tidak boleh ada ketidakpastian. Sebaik saja kita buat keputusan, kita boleh melangkah ke depan. Inilah pendirian DAP.

“Kami memutuskan untuk bercakap (secara terbuka) hari ini kerana kami mahukan keputusan. Kami mahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu sebarang kepimpinan yang tidak tegas dalam PH,” katanya menerusi satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di sini hari ini.

Selasa minggu lalu, satu mesyuarat bersama pimpinan PH Plus berlangsung di ibu pejabat PKR dipengerusikan Anwar selaku Presiden PKR dengan panel utama terdiri daripada Dr Mahathir dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut menyertainya, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selain kepimpinan tertinggi setiap parti.

Perbincangan dikatakan berkisar pendirian setiap parti dalam soal mendapatkan semula mandat rakyat menjadi agenda utama.

Dilaporkan perbincangan itu menampakkan kemajuan yang positif.

Mesyuarat itu juga dikatakan bagi mencapai persetujuan bersama berhubung calon Perdana Menteri pakatan politik itu, namun tiada kata putus diumumkan setelah tamatnya mesyuarat kira-kira tiga jam itu.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan mengenai calon Perdana Menteri PH yang sepatutnya diumumkan semalam masih belum dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas keputusan dicapai.

Dalam pada itu, Anthony berkata, Dr Mahathir mencadangkan beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

“Bagi kami, dua pilihan telah pun dibincangkan oleh PH, dan pendirian alternatif (fallback position) kami adalah untuk Mahathir memimpin dan kemudian Anwar mengambil alih selepas satu sela masa.

“Selepas keputusan itu, kami memutuskan bahawa kini terpulang kepada Anwar sama ada beliau setuju atau tidak. Tarikh akhir sepatutnya semalam. Setakat ini kami belum mendengar apa-apa keputusan daripadanya,” katanya.

SINAR HARIAN

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*