Rlder Wanita Foodpanda Ini Terima Hadiah MotorsikaI Baru SeIepas TuIar Motor Dia Dicuri. Yg Hadiahkan MotorsikaI Baru Rupa Rupanya Bukan Orang Kebiasaan

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada saudari Nur Athirah Abdul Latiff yang baru sahaja ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor.

Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang Nur Athirah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Sumber ā€“Ā Selangor Royal Office via ASN

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang ditimpa mu-sibah apabila motosikalnya dicu-ri ketika melakukan penghantaran makanan di Batu Caves, kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib m4lang menimpa Nur Athirah.

Sumbangan itu disampaikan Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang menanggung keluarga hasil pendapatan sebagai penghantar makanan adalah anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama ibunya di Batu Caves.

Menurut kenyataan itu, Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan berkenaan, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Baginda berharap ketika semua diuji dengan pelbagai dugaan, masyarakat lebih berperikemanusiaan dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan rakyat terus Semalam viral pasal seorang wanita yang merupakan rider kepada foodpanda sedih apabila motosikal yang digunakannya untuk mencari rezeki hil-ang. Kejadian dikatakan berlaku di Giant Batu Caves, Selangor pada pukul 2 petang. Kurang ajar punya penc-uri!

Menurut laporan Harian Metro, wanita tersebut meletakkan motosikalnya sebelum mengambil makanan untuk dihantar ke pelanggan. Semasa nak pergi semula ke tempat parking, motosikal Yamaha 135LC miliknya sudah hi-lang.

Pihak polis telah menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 3 petang semalam dan kini, mereka sedang mengesan saksi dan rakaman CCTV di tempat kejadian kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Kesian dekat adik ni tengah penat cari rezeki, tahu-tahu motor hi-lang. Semoga motor milik adik akan dijumpai dan diserahkan dalam keadaan yang sama.

Sumber : FBHajiHanafiahMat/OM/MediaIslam

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*