Terbaharu! Tiada Ahli Parlimen Daripada Bersatu, BN & PAS Yang Sokong Anwar. Habis Itu Anwar Dapat Majoriti Dari Mana?

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Barisan Nasional (BN) mengesahkan semua ahli Parlimen mereka kekal menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ahli Parlimen Bersatu menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat membentuk krajaan baharu sebagai satu lagi dkwaan tidak berasas.

“Semua ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa memberikan sokongan penuh tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan tidak terlintas sedikit pun untuk berpendirian sebalikya

Hamzah Zainuddin

“PAS mengganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika Krajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“Dalam hal ini PAS sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Begitu juga dengan gabungan Barisan Nasional (BN), menurut setiausaha agongnya Tan Sri Annuar Musa, BN telah menetapkan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri secara en-bloc.

Annuar juga menegaskan BN tidak akan sama sekali menyokong dan bekerjasama dengan DS Anwar Ibrahim, DAP dan Tun Mahathir.

Sumber – TunCarlos via https://jirancakap.com/semasa/terkini-bersatu-tiada-ahli-parlimen-daripada-bn-pas-yang-sokong-anwar-habistu-anwar-dapat-majoriti-dari-tang-mana/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*