Kisah Doktor Yang Ditduh Menjadi Dalang Penyebaran Wbak C0v-19

Banyak konspirasi berkait dengan dari mana datangnya vrus C0v-19 terus diperkatakan walaupun dunia sedang bergelut dengan wbak yang melanda. Di tengah-tengah kekalutan ini, usaha seorang doktor wanita bernama Shi Zhengli terus ditagih kerana pengalaman dan kepakarannya sebagai seorang pakar vrus.

Dr. Shi adalah ketua kumpulan penyelidik yang menemui bukti bahawa¬†wbak SARS yang pernah menggemparkan dunia¬†pada tahun 2003 – berpunca daripada vrus yang datang dari haiwan kelawar. Dalam serangan C0v-19, beliau sekali lagi kembali mengepalai kumpulan 12 orang penyelidik ditugaskan untuk mengenalpasti punca vrus ‘2019-nCoV’ pada mulanya.

Laporan kajian beliau yang berjaya menunjukkan hubungan di antara vrus asal SARS-CoV-1, vrus baru ‘2019-nCoV’ serta haiwan kelawar mengubah perspektif masyarakat dunia; memberikan kita nama baru vrus itu yang kini dikenali sebagai ‘SARS-CoV-2’ seterusnya memperkenalkan kepada kita dengan musuh yang tidak pernah kita ketemu lagi sebelum ini.

Walaupun demikian – Dr. Shi juga adalah individu yang dikatakan dalang utama berlakunya penyebaran wbak C0v-19. Ini kisah disebaliknya.

‘Perempuan kelawar’ China

Pada 30 Disember 2019, Dr. Shi dihubungi oleh pegawai atasannya berikutan dua sampel vrus corona yang sedang melanda Wuhan, sudah tiba di Wuhan Center for Disease Control and Prevention (Wuhan CDC). Dua sampel itu diambil daripada dua pesakit yang sedang melawan pneumonia di hospital dan pada waktu itu, wbak masih perlahan pergerakannya.

Dr. Shi terpaksa menamatkan persidangan yang sedang dihadiri di Shanghai, kembali ke Wuhan. Berdasarkan pengalamannya memburu vrus, kemungkinan untuk Wuhan menjadi pusat penyebaran wbak amat rendah.

Itu yang menimbulkan kebimbangan besar pada beliau – adakah vrus yang sedang melanda Wuhan datang dari pusat di mana dia bekerja?

Dr. Shi seorang pakar vrus, berpengalaman memburu vrus sejak menyertai kumpulan penyelidik pada tahun 2004 di beberapa jalinan gua batu kapur di Nanning. Ketik itu pasukan itu dalam usaha mencari kelawar yang dijgkiti bagi mengkaji wbak SARS yang berlaku setahun sebelumnya.

Apa yang penyelidik tahu tentang vrus corona sebelum itu amat berbeza dengan apa yang mereka lalui semasa wbak SARS. Itu adalah kali pertama vrus jenis corona mampu mengakibatkan wbak yang menyumbang kepada kematiian dalam skala besar.

Malangnya, pencarian mereka dalam lebih 30 buah gua dengan bantuan penduduk setempat tidak membawa kepada hasil yang diinginkan.

Kenapa Dr. Shi dan pasukannya memburu kelawar? Ini berdasarkan petunjuk daripada dua wbak lebih kecil yang berlaku sebelum itu, iaitu wbak Hendra di Australia pada tahun 1994 dan wbak Nipah di negara kita pada tahun 1998.

Keduanya-duanya mempunyai satu persamaan – punca wbak dikatakan berasal daripada haiwan kelawar.

Kesabaran tinggi menjerat kelawar

Apa yang kita perlu tahu, agak sukar mendapatkan sampel kelawar kerana sifatnya yang nokturnal. Setiap kali berjumpa gua yang dipercayai ada kelawar, pasukan Dr. Shi perlu memasang jaring dan menunggu waktu kelawar keluar mencari makan di malam hari. Mana-mana kelawar yang terperangkap, sampel drah dan air liurnya diambil termasuklah sampel pada bahagian duubur haiwan itu. Keesokannya bila hari dah terang, sampel air kenciing dan najis dikutip.

Selama 8 bulan proses itu diulangi tanpa menemui sebarang petunjuk kewujudan vrus corona penyebab SARS pada kelawar. Merasakan usaha mereka sia-sia, satu pasukan penyelidik berlainan memberikan pasukan yang disertai Dr. Shi satu idea yang tidak pernah mereka fikirkan akan berjaya – mereka perlu menguji kewujudan antibodi melawan SARS dalam badan kelawar yang ditangkap.

Ini sama sekali berbeza dengan apa yang sedang mereka lakukan, iaitu mencari sampel vrus.

Hasil ujian ke atas tiga sampel kelawar yang telah diperolehi menampakkan hasil yang dicari-cari; sampel drah itu menunjukkan ketiadaan vrus adalah disebabkan oleh sistem imuniti kelawar telah pun berjaya melawan jgkitan, dibuktikan oleh kewujudan antibodi dalam drah kelawar.

Dengan petunjuk baru itu, pasukan Dr. Shi kembali menguji semula semua sampel yang telah diperolehi bagi mencari kewujudan antibodi. Di sinilah detik penting di mana mereka menemui punca utama vrus SARS; sebuah gua yang dinamakan Gua Shitou yang terletak di Kunming, wilayah Yunnan.

Kajian ke atas kelawar di situ menjawab misteri mereka selama ini – kelawar-kelawar di Gua Shitou merupakan perumah kepada bermacam jenis vrus corona yang wujud dalam badan kelawar.

Termasuklah vrus yang sama dengan kumpulan vrus SARS.

Komuniti kelawar penyebar vrus

Kewujudan kelawar dalam komuniti yang besar akan menyebabkan percampuran di antara patogen-patogen yang dibawa oleh kelawar-kelawar itu, menghasilkan patogen yang gabungannya lebih berbahaya pada manusia.

Kajian turut dijalankan melibatkan penduduk kampung yang tinggal berdekatan Gua Shitou, mendapati seramai 6 orang penduduk kampung kecil itu sudah mempunyai antibodi melawan SARS. Ini menandakan jgkitan pernah berlaku kepada mereka.

Kesemua yang pernah dijgkiti mengakui tidak pernah mengalami simptom sakit atau berinteraksi dengan kelawar. Penemuan tahun 2005 ini menjadi petunjuk penting kepada wbak C0v-19 yang berlaku 14 tahun kemudian.

Dalam perjalanan pulang ke Wuhan pada bulan Disember 2019, Dr. Shi tidak menolak kemungkinan makmal mereka melakukan masa. Tanpa melengahkan masa beliau terus berbincang dengan pasukannya langkah seterusnya seandainya benar berlaku kebocoran vrus dari makmal mereka sehingga mengakibatkan wbak berlaku di Wuhan.

Wilayah Yunnan, lokasi di mana Gua Shitou berada – jaraknya adalah 1,800 km dari Wuhan jadi kemungkinan untuk kelawar yang sama hadir di Wuhan amatlah rendah. Tiba di Wuhan, Dr. Shi mengkaji kesemua rekod eksperimen yang telah dijalankan mencari kemungkinan berlaku kecuaian dari pihak mereka, khasnya melibatkan proses pelupusan sisa vrus.

Desas-desus mula tersebar mengatakan bahawa kecuaian yang telah berlaku semasa operasi di Wuhan CDC menjadi punca kepada wbak ini. Nama Dr. Shi mula disebut sebagai individu yang perlu bertanggungjawab terhadap kematiian yang telah berlaku. Bagaimanapun, semua dakwaan itu tidak diendahkan terlebih dahulu Dr. Shi, kerana ada tugas penting yang perlu dia selesaikan.

Dr. Shi tersenyum lega dalam duka, apabila diberitahu pasukannya petunjuk pertama –¬† jgkitan yang sedang mengganas di Wuhan berbeza dengan semua sampel vrus yang telah mereka perolehi di Yunnan lebih 10 tahun dahulu.

Ini menandakan penularannya di Wuhan berbeza jenis vrusnya, yang lebih penting bukan datang dari makmal kendaliannya.

Penamaan SARS-CoV-2 secara rasmi

Lebih sebulan pasukan penyelidik di Wuhan CDC bertungkus lumus mengenal pasti jalinan vrus yang baru ini.

Kesemua ujian yang dijalankan menunjukkan sifat yang sama dengan SARS-CoV; vrus ini mempunyai kemampuan menyerang manusia dan menyebabkan jgkitan pneumoniia pada pesakit. Sel paru-paru yang dijgkiti dalam piring petri musnah diserang vrus.

Bagaimanapun, hanya 96% sifat vrus ini serupa dengan SARS-CoV yang diambil daripada kelawar sebelum itu. Kesemua data kajian menunjukkan persamaan simptom yang serupa serta cara penyebaran yang serupa – dipercayai datang daripada pengenalan vrus oleh seorang individu yang menerimanya daripada haiwan dipercayai kelawar secara terus, sebelum individu itu mula menjangkitkan orang lain melalui pertukaran vrus manusia ke manusia.

Oleh kerana sifatnya hampir serupa, jgkitan SARS-CoV-2 dipercayai telah pun berlaku lebih awal berkemungkinan besar pada bulan November atau awal Disember 2019.

Bagaimanapun, disebabkan oleh kemampuan pesakit untuk sembuh sendiri ketika itu, wbak tidak berlaku dalam skala besar walaupun kes-kes kematiian akibat pneumonia sudah mula meningkat.

Kajian tentang penyebab utama wujudnya perbezaan di antara SARS-CoV-1 dan SARS-CoV-2 masih lagi belum kita tahu. Pendapat paling popular menyebut berlakunya mutasi pada vrus corona yang dibawa kelawar apabila bergabung dengan vrus corona yang dibawa oleh tenggiling, menyebabkan jgkitan awal 2019-nCoV dipercayai datang daripada haiwan tenggiling.

Penyelidikan bagi menjawab soalan ini masih diteruskan. Jika SARS-CoV-1 memerlukan bertahun tempoh untuk ditemui puncanya, tidak menghairankan jika punca SARS-CoV-2 juga akan mengambil sedikit masa.

Situasi mula terkawal

Selepas 7 minggu perintah kurungan pergerakan di laksanakan di Wuhan yang dihuni 11 juta orang penduduk, situasi mula menjadi lebih terkawal.

Rutin harian Dr. Shi hanya merangkumi dua lokasi sahaja; rumah dan makmalnya di Wuhan CDC. Larangan keluar ke tempat lain dijalankan, bagi membantu memperlahankan penyebaran wbak.

Berdasarkan kajian lalu, didapati SARS-CoV-2 mempunyai satu persamaan besar dengan ‘abangnya’ SARS-CoV-1; vrus itu menyerang sel badan manusia menerusi reseptor yang digelarkan ACE2. Petunjuk ini banyak membantu pakar perubatan membolehkan rawatan yang diberikan bergantung kepada ubatan yang mampu menutup reseptor ini buat sementara, agar vrus tidak mampu menjangkitinya.

Ramai penyelidik berpendapat perlunya komuniti sains perubatan mula mengambil langkah pencegahan jangka panjang, dibantu untuk memperbesarkan lagi kajian mirip penyelidikan yang telah dilakukan Dr. Shi dan pasukannya semasa mencari punca wbak SARS pada tahun 2005.

Kajian sebegitu dikatakan perlu dijalankan dalam skala lebih luas sebagai langkah utama pencegahan.

Langkah itu yang kini diseragamkan¬†dibawah label ‘One Health’,¬†bakal merangkumi pemahaman kita tentang tahap kesihatan haiwan liar, haiwan ternakan dan juga kesihatan manusia – mampu membolehkan kita menangani masalah wbak lebih awal berbanding hanya berupaya melawan jgkitan bila wbak telah berlaku.

Terus diftnah penyebab utama wbak C0v-19

Dianggarkan sebanyak 5,000 jenis vrus corona perlu diterokai dalam usaha mewujudkan pengkalan data yang mencukupi bagi memahami kesan dan risiko jgkitan vrus daripada kelawar kepada manusia sepenuhnya. Itu baru satu kategori haiwan – belum masuk haiwan-haiwan lain.

Dr. Shi percaya dengan mengenalpasti terlebih dahulu vrus-vrus ini sebelum ia merebak, kematiian akibat wbak dapat dibanteras.

Namun Dr. Shi turut mengakui dia tidak lagi sanggup meredah hutan menerokai gua mencari kelawar. Menurutnya, dia mahu ‘bersara’ memburu kelawar, cukuplah dia berkhidmat menguji sampel yang telah diambil dalam makmal di mana dia bekerja.

Itulah sumbangan terbesar beliau kepada dunia setakat ini, tetapi tetap tidak menghalang dia difitnah kaki-kaki teori konspirasi. Artikel-artikel tidak diketahui siapa penulisnya terus menyalahkan Dr. Shi sebagai penyebab utama wbak C0v-19.

Bermacam teori konspirasi memalitkan namanya dengan apa yang telah berlaku tetapi sekurang-kurangnya kini anda tahu dan lebih cakna – sebelum menerima bulat-bulat pelbagai jenis ‘berita.’

Kredit: Iluminasi

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*