Datuk Azwanddin Hamzah Jatuh Tergolek Ketika Di Mahkamah. Ketua Polis Beritahu Bagaimana Dia Boleh Terjatuh, Video Disediakan

POLIS Klang Selatan menafikan dakwaan bahawa anggotanya bertindak kasar terhadap Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli sebaliknya berkata, ketika tiba di mahkamah, Azwanddin yang digari di tangan kanan bersama dua orang tahanan lain, terjatuh ketika dalam perjalanan masuk ke bangunan mahkamah selepas turun dari kenderaan polis.

“Hasil semakan mendapati, ketika turun dari kenderaan polis, beliau hampir tersungkur akibat tersadung dan terlanggar pasu bunga ketika melambai tangan kepada penyokong yang hadir ekoran tahanan yang berkongsi gari berjalan laju.

“Anggota polis yang bertugas segera bertindak membantu mengangkat beliau semula malahan peguam yang mewakili Azwanddin iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mendapat kerjasama yang baik daripada polis,” katanya dalam satu kenyataan media, di Klang, hari ini.

Justeru, Shamsul Amar menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar atau memutarbelitkan insiden berkenaan

Kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan ketenteraman awam serta membangkitkan keresahan masyarakat.

“Tindakan penyebaran berita yang palsu boleh diambil tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 atau Akta Hasutan 1948,” katanya.

Semalam, Azwanddin dibawa ke Mahkamah Klang bagi tujuan permohonan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataan provokasi dalam ‘Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy’ petang Selasa lalu.

Beliau ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

Siasatan dibuat mengikuti Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Video Kejadian ..

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Sumber Video : Info Roadblock JPJ/POLIS Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*