Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh Bersara. Ini 2 Kes Berprofil Tinggi Yang Pernah Dia Uruskan Sebelum Dia Bersara

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang juga personaliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbangsa Punjabi paling ‘popular’ di negara ini, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh secara rasmi bersara daripada perkhidmatannya, hari ini.

KES PERTAMA : KEBAKARAAN PUSAT TAHFIZ

Image result for pusat tahfiz terbakar

Ketokohannya sebagai Pengarah JSJK ketika mengendalikan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyelesaikan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa dalam tempoh dua hari semasa menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur, menjadikannya beliau amat terkenal sehingga dikenali segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Amar Singh, 60, menamatkan perjalanan karier selama 35 tahun dengan cemerlang sebagai satu-satunya pegawai kanan polis berbangsa Punjabi yang dilantik menjadi Pengarah JSJK mulai 13 Oktober tahun lalu dan sepatutnya bersara wajib pada 6 Jun lalu.

SKANDAL 1MDB

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) menyambung khidmatnya sebagai Pengarah JSJK secara kontrak selama enam bulan susulan pembabitannya mengendalikan siasatan skandal 1MDB.

Susulan persaraannya, tugasnya akan dipikul Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang akan memangku jawatan Pengarah JSJK buat sementara waktu.

Upacara serah terima tugas di antara Saiful Azly dan Amar Singh yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Amar Singh dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM yang memberi kepercayaan selama 35 tahun beliau berkhidmat dalam pasukan itu sehingga menjawat pelbagai jawatan.

KATA KATA TERAKHIR BELIAU

“Saya amat berterima kasih kepada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan barisan pengarah yang lain atas kepercayaan yang diberikan dalam melaksanakan tugas saya selama ini.

“Saya amat sukakan kerja saya sebagai anggota polis, dan bila kita sukakan kerjaya kita, kita tidak tidak mengganggap kerja itu sebagai satu yang membosankan atau memenatkan, sebaliknya ia satu yang menyeronokkan.

“Menjadi satu kepuasan apabila kita dapat menyelesaikan tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang lahir pada 6 Jun 1958 di Kinta, Perak mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 27 Februari 1983 sebagai Kadet Penolong Peguasa Polis.

Amar Singh berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM) serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.

Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Terdahulu, Mohamad Fuzi menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 90 penerima terdiri daripada anggota dan pegawai polis Kontinjen Bukit Aman pada majlis sama.

Sumber Artikel :  BHARIAN ONLINE

Video Berkenaan Dato Amar Singh Bersara

Video Ehsan : Bernama News Channel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*