Datuk Seri Siti Nurhaliza Muncul Di Final AJL, Tetapi Sesuatu Yang Tidak Diingini Terjadi Buat Semua Marah

Umum mengetahui, lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang mara ke separuh akhir Muzik Muzik 34 telah dinyanyikan oleh Bob Yusof. Lagu tersebut mara ke Anugerah Juara Lagu 34.

Menurut penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak ada sebarang perancangan untuk membuat kemunculan khas menjelang persembahan lagu Anta Permata pada Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Kemunculan Bob Yusof di pentas akhir AJL34 mendendangkan Anta Permana di pentas yang penuh cahaya mencipta momen kemuncak dengan kemunculan penyanyi asalnya Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Tepukan gemuruh seisi Axiata Arena mengiringi kehadiran Siti Nurhaliza yang berbusana warna maroon.

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, dia akan memberi sepenuh kepercayaan kepada Bob Yusof yang akan membawa lagu tersebut nanti.

“ Kita bagilah Bob buat dulu, dia dah nyanyi semasa separuh akhir jadi biarlah dia habiskan lagu ini menjelang persembahan akhir nanti.

“ Anugerah Juara Lagu ni berdasarkan komposer dan penulis lirik. Saya percaya walau siapa pun yang menyanyikan lagu ni, kalau lagu tu bagus, ia akan terus diangkat,” ujar Tokti kepada Gempak.

Menurut Tokti lagi, dia akan terus menyokong Bob untuk penyanyi tersebut menyanyikan lagu Anta Permana dengan baik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul semasa persembahan final Bob

Sayang seribu kali sayang, kemunculan pertama kali selepas sekian lama penyanyi wanita nombor satu negara itu menyepikan diri daripada pentas Anugerah Juara Lagu dicemari apabila mikrofon Siti Nurhaliza tidak berbunyi dalam beberapa saat awal Siti mengalunkan suaranya.

Semasa Bob sedang membuat persembahan, tiba-tiba DS Siti muncul dari belakang pentas dan turut menyanyi bersama Bob. Namun apa yang menjadi kekecewaan ramai ialah apabila DS Siti menyanyi, mikrofon tidak berfungsi. Rata-rata penonton baik di rumah atau warganet meluahkan rasa tidak puas hati kerana bukan senang untuk DS Siti muncul di pentas AJL, dan apabila muncul terjadi sesuatu tidak diingini begini.

Tidak dapat dipastikan sama ada ketiadaan suara daripada mikrofon Siti Nurhaliza hanya dirasai oleh pendengar di rumah atau turut dialami sama oleh penonton di Axiata Arena.

Bahkan tarikan suara Siti Nurhaliza yang dikira sebagai kemuncak dalam persembahan Anta Permana juga tenggelam dalam mikrofon yang tidak berbunyi. Boleh dilihat dengan jelas Siti Nurhaliza menyedari isu itu, namun sebagai penyanyi senior, Siti tetap profesional.

Semoga walaupun dengan isu sebegini tidak akan buat AJL bakal hilang seri sebagai pertandingan muzik paling lama dan terbaik di Malaysia. Dan juga diharapkan DS Siti dan Bob tidak akan kecewa kerana terjadinya isu sebegini.

JIHAN MUSE JUGA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Sinar All News

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*