Ramai Tak Puas Hati Kenapa Ada Dua Juara GV6. Dengan Lantangnya, Tok Ram Jelaskan Kenapa

Melakar sejarah baharu, Naqiu Boboy dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara rancangan realiti hiburan popular Gegar Vaganza 2019 (GV2019)!

Pertarungan pentas akhir sebentar tadi menyaksikan kedua-duanya menewaskan empat bintang lain dengan mudah dalam dua pusingan solo dan battle.

Naqiu dan Hady Mirza membawa pulang wang kemenangan RM100,000 beserta pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah, pakej ubah suai ruang tamu dan ruang dapur, penginapan di Hotel Tenera Bangi serta trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jatt Ali yang membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Shanghai dan Disneyland, pakej ubah suai ruang makan, penginapan di Hotel Tenera Bangi dan trofi.

Sementara Nurfatima dan One Nation Emcees terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat keempat dan kelima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Chiang Mai, Thailand dan RM15,000, pakej percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam dan trofi.

Tidak pulang dengan tangan kosong, Sham Visa akur di kedudukan terakhir dengan wang saguhati RM10,000, pakej percutian ke Jakarta, Indonesia dan trofi.

Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim.

Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

GV pernah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz sebagai juara musim terdahulu.

KENAPA ADA 2 JUARA GEGAR VAGANZA 2019

Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram menjelaskan kenapa Gegar Vaganza 2019 ada 2 Juara dan tiada naib juara. Selepas selesai Konsert akhir Gegar Vaganza 2019, satu press conference diadakan untuk menjelaskan kenapa mesti ada 2 Juara.

Tok Ram menjelaskan mengikut dari segi permarkahan Naqiu dan Hady Mirza mendapat markah yang sama.

Tok Ram juga menjelaskan bahawa Naqiu dan Hady Mirza adalah sama hebat. Disebabkan markah yang sama, beliau sebagai Ketua Juri perlu membuat keputusan untuk memilih Juara.

Tok Ram telah meminta pihak ASTRO untuk memberi Juara kepada 2 orang dan cadangan Tok Ram diterima oleh pihak ASTRO.

Pihak ASTRO juga mengesahkan bahawa tiada nombor dua atau Naib Juara untuk Gegar Vaganza 2019

Dato` Ramli MS,

Mereka berdua sangat bagus dan markah sama. Saya sebagai ketua juri, saya yang decide untuk beri juara kepada mereka berdua. Saya propose kepada pihak Astro dan setuju, Mereka berdua dari minggu pertama hingga final terlalu bagus.

Bonda Hetty,

Naqiu dan Hady sama kuat , dalam battle sama dan tiada mana yang kurang.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Awattt Syeikhh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*