Detik Detik Kanak Kanak Perempuan Ini Diselamatkan Dan Suspek Dit3mbak Dirakamkan Penduduk Disitu

BEBERAPA das t3mbakan yang kedengaran di Taman Telipok Ria, Kota Kinabalu, mengakhiri hayat suspek yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan di sebuah rumah di tingkat empat.

Ia sekali gus menamatkan drama tebusan empat jam selepas suspek dikatakan menangkap kanak-kanak itu sebelum membawanya masuk ke sebuah rumah sambil mengacukan pisau di leher mangsa.

Cubaan Untuk Mencampak Kanak Kanak Terbabit

Suspek ditem bak ma ti jam 5.35 petang ketika dia mengacah untuk mencampakkan kanak-kanak terbabit dari bahagian dapur rumah di tingkat empat itu.

Sejurus selepas itu, pasukan keselamatan segera menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang cedera di leher lalu dibawa turun dan dihantar ke hospital dengan ambulans untuk rawatan.

Difahamkan, polis sebelum itu berusaha berunding dengan suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan, namun tidak diendahkan menyebabkan beberapa anggota bersenjata mengambil kedudukan di lokasi berhampiran, termasuk dalam rumah berdekatan.

Suspek juga beberapa kali kedengaran memberi amaran kepada polis supaya tidak masuk ke rumah berkenaan.

Terdahulu, kejadian bermula pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an melarikan mangsa yang sedang berada di tingkat empat.

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni itu membawa kanak-kanak terbabit ke sebuah rumah di tingkat empat, berdekatan rumah keluarga mangsa.

Polis kemudian mengepung rumah terbabit dan berusaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Sepasukan anggota polis lengkap bersenjata juga dihantar ke lokasi kejadian dan anggota bomba bersedia di lokasi.

Beberapa penghuni turut menyediakan tilam di tingkat bawah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sumber Artikel:HMETRO ONLINE

Video Amatur Detik Suspek Dit3mbak 

Suspek jadikan budak tebusan ditemb4k ma ti

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*