Pengasas K0smetik Terkenal Siti Jamumall Tertukar Anak! Beliau K0ngsi Detlk DetlkCemas

Kuala Lumpur – Usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya berdepan saat menc.emaskan apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, hari ini.

Kejad.ian itu dikongsikan beliau melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula 7.40 malam tadi.

Siti Suriani berkata, beliau melahirkan bayi lelaki di sebuah h.ospital swasta di Shah Alam, awal pagi semalam dan pihak h.ospital membenarkan beliau serta bayinya pulang ke rumah, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu mem.otong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di h.ospital sama.

“Saya g.ementar dan terk.ejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Saya tidak pasti bagaimana keja.dian tertukar anak ini boleh berlaku.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada semalam pada jam 2.30 pagi,” katanya.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak h.ospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza,” katanya.

Difahamkan, Siti Suriani melahirkan bayi lelaki kira-kira 2.30 pagi semalam yang juga anak keduanya selepas berkahwin pada April 2019 pada usia 19 tahun.

Menerusi perkongsian FB Live itu, Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Pok Pek turut membuat penstriman secara live perjalanan beliau bersama suami dan bapa mentuanya ke h.ospital untuk memulangkan semula bayi dalam jagaannya dan mengambil bayinya semula.

Sebaik sampai, suami dan bapa mentuanya bertemu pihak h.ospital yang kemudian mengesahkan bayi itu tertukar.

Siti Suriani yang menunggu dalam kenderaan sempat dimaklumkan oleh suaminya yang bayi mereka berada di h.ospital sebelum penstriman live itu terhenti selepas hampir sejam 49 minit bersiaran.

Video rakaman FB Live berkenaan mendapat 1.3 j.uta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizan memberi s.emangat kepada Siti Suriani menghadapi detik c.emas itu, selain ada yang mencadangkan beliau mengambil ti.ndakan u.ndang-u.ndang ke atas pihak h.ospital kerana c.uai.

Selain itu, ada juga memintanya terus berhubung dengan keluarga bayi yang tersa.lah diberikan kepadanya itu kerana beliau sudah menjadi ibu susuan bayi berkenaan.

Mesej Dengan Ibu Yang Tertukar

Malam ni mesej dengan ibu yg bayi kami tertukar.. Anak siti dis.charge tk smpai berapa jam. Baru lahir 2.36am lepastu tghri dh dibawa keluar. Tk thu la sama ada baby dh ambil inje.ction atau belom.

Ke.sian juga pada puan Diana ni, suami dia bagitahu dah lewat malam ni pun tak boleh tidur teringat kan baby siti putra Aiman Zhafran yang dia dah jaga 2 hari menangis je time nak susu kan anak.

Berdasarkan FB Live terbarunya malam ini, Siti Suriani memaklumkan beliau sudah menemui bayinya itu.

Kredit : HMetro via OM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*