Kenapa Tiada Sidang Media KKM Tentang C0VlD19 Hari Ini. DG Hisham Tampil Jelaskan Kenapa Dia Dan Pasukan Dia Tidak Muncul Di TV

MALAYSIA merekodkan 54 kes positif Cov19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan 6,589 kes setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu lagi korban akibat vlrus itu direkodkan, menjadikan keseluruhan 108 kem4tian setakat ini.

Sebanyak 18 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (I C U) dan enam orang memerlukan bantuan pernafasan.

Pada Sabtu juga, 65 kes sudah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan keseluruhan 4,929 kes telah sembuh.

KENAPA TIADA SIDANG MEDIA KKM PADA HARI INI?

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial miliknya memaklumkan tiada sidang media harian KKM akan dilangsungkan hari ini.

“Hari ini saya dan pasukan saya diberi peluang untuk berehat seketika setelah bekerja tanpa henti sejak Disember 2019 dalam respon dan kesiapsagaan KKM menghadapi Cov19.

“Walaupun tiada sidang media dijadualkan, satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul menyalurkan maklumat terkini,” ujarnya ringkas.

“Gambar menterjemahkan ribuan kata-kata” – Noor Hisham

Pekerja barisan hadapan sentiasa menghadapi cabaran baharu setiap hari dan tentunya menjalankan amanah itu untuk negara tercinta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata petugas barisan hadapan adalah mereka yang begitu komited berjuang melawan pandemik COV19.

“Setiap hari petugas barisan hadapan berdepan cabaran baharu dan ketika krisis yang sedang melanda dengan meluas, kita dilihat mereka penuh iltizam, kesungguhan dan kreativiti semata-mata di atas rasa tanggungjawab dan amanah.

“Ini cukup menggambarkan betapa komited petugas barisan melakukan apa saja demi kesejahteraan masyarakat tanpa perasaan lelah,” katanya yang dipetik di Twitter rasminya, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada satu foto yang dikongsinya, memperlihatkan petugas kesihatan yang lengkap menyarung pakaian perlindungan diri (PPE) sedang bergegas mendukung seorang wanita, dipercayai warga emas yang mengalami kesukaran untuk berjalan.

Gambar itu juga menunjukkan seorang rakan setugasnya mengiringi wanita dan rakannya setugasnya itu sambil mengangkat tongkat berkaki empat milik wanita berkenaan.

Melihat pada gambar itu, ia dipercayai dirakam di dalam negara.

Katanya lagi, gambar itu cukup menggambarkan petugas sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan nyawa orang lain.

“Gambar ini menterjemahkan ribuan kata-kata. Terima kasih atas apa yang anda lakukan demi kebaikan untuk negara,” katanya.

BHARIAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*