DG Noor Hisham Beri Satu Gambaran Berita Baik Bahawa PKPB Boleh Ditamatkan Tetapi Ada Syaratnya

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penya-kit Berjngkit 1988 (Akta 342) perlu dilanjutkan bagi membolehkan pemantauan dan pengawasan berterusan dilaksanakan jika lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jika rakyat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ketika itu barulah kerajaan bersedia dengan strategi keluar untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).

ā€œJika kita kekal mendapat satu atau dua digit yang rendah (kes baharu) dan tiada peningkatan kes mendadak pasca Aidilfitri, maka kita rasa kita perlu membuka lagi sektor ekonomi yang lain, namun ia memerlukan kawalan. Jika kita keluar dari strategi keluar, maka akan tiada kawalan langsung.

Gambar fail menunjukkan pelanggan berbaris menunggu giliran dan mematuhi penjarakkan sosial untuk masuk ke premis perniagaan, iaitu antara SOP PKPB.

ā€œSekarang kawalan ini bergantung kepada Akta 342, antaranya membabitkan kawalan sempadan dan penjaran sosial, yang mana kuasa pelaksanaannya diturunkan kepada Angktan Tntera Malaysia, PoIis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

ā€œJika semua sektor dibuka dan pemantauan kita berjalan dengan baik, kita masih kekalkan dua atau satu digit, maka kita bersedia untuk strategi keluar. Inilah yang kita katakan ā€˜soft landingā€™, iaitu supaya rakyat patuh SOP,ā€ katanya pada sidang media hariannya, di sini hari ini.

PKP berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac lalu di seluruh negara bagi mengekang penularan COVlD-19, antaranya meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Ia kemudian dilanjutkan sehingga 14 April, disusuli lanjutan sehingga 28 April dan kemudian sehingga 12 Mei.

PKPB pula dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei yang membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), selain orang ramai dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer dari kediaman masing-masing.

Ia kemudian dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

BHARIAN ONLINE, teh o ais media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*