Berita Baik Untuk Semua! Akhirnya, Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Mac Tapi Ini Syarat Yang Perlu Rakyat Ikut

PUTRAJAYA, 9 Mac – Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik melibatkan negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berpandukan beberapa syarat ketat yang dikenakan.

“Antara syaratnya adalah perlu menggunakan perkhidmatan syarikat agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Pergerakan hanya menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, (bagaimanapun) pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP hari ini.

Dalam pada itu, setiap syarikat agensi pelancongan perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu bagi pergerakan rentas negeri.

Namun ianya hanya tertakluk bagi kawasan negeri PKPP sahaja, bukan negeri PKP Bersyarat (PKPB).

“Pergerakan mestilah terus ke negeri-negeri PKPP. Sebagai contoh, Pahang PKPP ke Terengganu PKPP, terus ke negeri Terengganu.

“Ada negeri PKPP ke PKPP kena lalu negeri PKPB, kenderaan ini mesti meneruskan perjalanan ke negeri PKPP itu tanpa berhenti di kawasan PKPB.

“Sebagai contoh, dari Putrajaya (PKPP) nak ke Melaka (PKPP), lalu Negeri Sembilan (PKPB), jadi kenderaan terus ke negeri PKPP (Melaka) itu,” katanya lagi.

Jelas Ismail, larangan pergerakan merentas negeri bagi kenderaan persendirian adalah kerana kekangan kawalan daripada pihak polis.

“Jadi sebab itulah kenderaan persendirian tidak dibenarkan, kerana mendapat nasihat daripada PDRM daripada segi kawalan, tapi kenderaan bas pelancongan boleh dipantau,” katanya.

Sementara itu, tempat-tempat penginapan pelancong serta aktiviti-aktiviti pelancongan turut perlu dilaporkan kepada polis sewaktu permohonan dilakukan.

Maklumat mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengenai kebenaran ini akan dimaklumkan melalui laman sesawang MOTAC.

Sumber/Kredit: MKN melalui RTM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*