“Dia Disamun Masa Memancing Di Lombong Semalam. Kami Sekeluarga Takkan Maafkan Orang Yang Punya Angkara”

Salam takziah kepada keluarga mang sa, petikan artikel dibawah adalah dari Harian Metro.

MAY4T seorang lelaki dipercayai mang sa bu nuh ditemui terapung dalam kolam ikan di Persiaran Kanthan 1, Kanthan Baru, Ipoh, 12.20 tengah hari, hari ini.

Mang sa dikenali Muhammad Azizul Roslan, 24, berdasarkan pengecaman pakaian mang sa oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pemeriksaan awal terhadap may4t mendapati ada kesan jerutan pada leher, selain cedera di beberapa bahagian kepala termasuk lebam di mata kiri dan pipi serta telinga kiri.

Katanya, siasatan awal mendapati mang sa ke lokasi kejadian untuk memancing.

“Kita dapati joran digunakan mang sa sudah dipatahkan dan kawasan berkenaan terbuka serta tidak berpagar.

“Ma yat mang sa ditemui pada jarak empat meter dari kawasan tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ali berkata, berdasarkan keterangan bapanya, mang sa keluar rumah pada jam 1.30 tengah hari semalam untuk memancing namun, tidak pulang.

“Bapa mang sa mula mencari mang sa di kawasan kolam berkenaan dengan bantuan anggota Balai Polis Kanthan Baru yang kemudian mengesan motosikal mang sa berada di lokasi kejadian pagi tadi (hari ini).

“Ma yat mang sa kemudian ditemui dekat semak dalam kolam berkenaan dengan kakinya kelihatan terapung,” katanya.

May4t kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang mungkin dijalankan pagi esok.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Sumber Artikel: HMETRO ONLINE

Adik Muhd Azizul Bin Roslan Menceritakan Segalanya ..

Sahirman Roslan adalah adik kepada mang sa Muhd Azizul Bin Roslan. Azizul Roslan ditemui m4ti di kolam ikan di Persiaran Kanthan 1, Kanthan Baru, Ipoh, 12.20 tengah hari.

Sahirman memberitahu abangnya disamun ketika sedang memancing.

“Dia memancing sesorang, yg jadikan kes samun sebab dompet handphone hilang. Dan barang pancing dia berterabur. Selipar jauh dari may4t yg menunjukkan dia bergelut. Jorang dia patah 4. Nampak macam dia cuba pertahankan diri. Kemungkinan dia m4ti di darat, dan diorg letak dlm air.”

Salam takziah kepada keluarga arw4h. Ramai netizen mengucapkan takziah kepada Sahirman atas pemergian abangnya Azizul.

Mari kita berdoa agar pembuunuh abang beliau dapat ditangkap segera.

Sumber Twitter : Sahirman Roslan

Notakaki: Untuk pengemar memancing, harap jangan pergi tempat memancing seorang diri. Terutama kawasan yang memang tiada orang. 

Artikel By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*