“Dia Usaha Habiskan 30 Juzuk..” – Rakan Dedah Sifat Khalif Naim, 3 Beradik Mngsa Lmas

Semalam hangat berita mengenai kemat1an tiga beradik akibat le-mas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong. Rata-rata rakyat Malaysia juga sayu mengenangkan bagaimana pihak keluarga menerima pemrgian ini.

Turut berduka, sahabat baik kepada salah seorang mngsa le-mas tiga beradik iaitu arwh Khalif Naim Mohd, Muhammad Akram Adnan, telah menceritakan antara sikap dan momen terakhir arwh bersamanya.

Seorang sahabat yang baik

Menurut Akram, arwh disifatkan sebagai seorang sahabat yang baik, periang dan suka memberi nasihat berguna kepada rakan-rakan yang lain, tetapi pemaIu bila berjumpa dengan orang yang tidak berapa dikenalinya.

“Arwh memang seorang kawan yang baik dan suka bagi nasihat. Dia periang orangnya, dekat asrama tu dia la yang suka ceriakan semua orang. Tapi kalau dengan orang yang dia tak kenal, dia pemaIu…”

Berusaha habiskan 30 juzuk tiap malam

Akram mendedahkan, beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula, arwh Khalif Naim, bersungguh-sungguh mahu menghabiskan hafalan 30 juzuk Al-Quran hampir setiap malam.

“Alhamdulillah, sebelum cuti sekolah pada 10 Mac lalu arwh berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Saya nampak setiap malam dia berusaha untuk habiskan. Allah permudahkan urusan dia…”

Tambahnya lagi, di asrama sudah menjadi rutin arw4h menjadi individu yang terakhir akan meninggalkan surau dekat asrama tu. Dia yang akan tutup suis lampu dan kipas.

Arwh ada tunjuk petanda, lepas tiada baru sedar

Apa yang lebih menyed1hkan, selepas pemrgian Khalif Naim, barulah Akram sedar, sejak 10 malam terakhir Ramadan arwh sudah tidak lagi menghubungi rakan-rakannya seperti kebiasaannya.

“Masa 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, arwh dah mula tidur awal untuk buat Qiamullail…”

“Sebelum ni arwh seorang yang suka tidur lewat. Dia akan ‘video call’ atau ‘voice call’ dengan kawan-kawan dulu. Dia dah bagi petanda cuma kami tak sedar…”

Terdahulu, myatt tiga beradik yang dilaporkan le-mas iaitu, Allahyarham Umar Iskandar Mohd, 21; Khairul Firdaus Mohd, 17, dan Khalif Naim Mohd, 16, telah berjaya ditemui dan selamat disemad1kan di Tanah Perkuburan Nering Kampung Rawai semalam.

Artikel Asal : Borakdaily via Utusan Rimba

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*