Adakah PKPP Akan Dilanjutkan? Ini Kenyataan Dari TSMY Yang Rakyat Patut Ambil Tahu

BERDEBAR, mungkin itu yang dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia menjelang malam ini. Hampir setengah tahun kita berada dalam ‘mood’ PKP.

Dari awal bermulanya PKP dimana pergerakkan kita terbatas dan apa yang kita lakukan banyak yang tidak boleh.

Hari ini PKP masih ada tetapi kelonggaran yang banyak telah diberikan kepada rakyat. Kehidupan seperti biasa cuma ada beberapa perkara terbatas seperti tidak boleh keluar negara.

PERUTUSAN KHAS MALAM INI, PKP BERSAMBUNG ATAU TIDAK?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini (Jumaat).

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini. – Bernama

PM Umumkan PKPP Dilanjutkan Ke Tarikh Ini

KERAJAAN mengumumkan untuk menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 1 September ini sehingga 31 Disember ini.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, malam ini.

Beliau berkata, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wbak Covld-19.

“ Justeru, demi kepentingan saudara saudari sekalian, kerajaan memutuskan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

“ Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyaklt Berjngkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

“ Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, PKPP bermula pada 10 Jun lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini.

Sebelum ini, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penuIaran wbak Covld-19.

Kerajaan kemudian mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) yang kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu.

SUMBER: HARIAN METRO / AWATTTSYEIKHHNETWORK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*