Di Mana Sifat Kemanusiaan? DBKL Rampas Barang Peniaga di Tasik Titiwangsa. Rupanya Ini Punca Sebenar

Sejak beberapa hari lalu isu hangat membabitkan premis judi dan peniaga rkok seludup di Sg Buloh seperti yang didedah oleh peniaga burger Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut.

Dalam waktu sama Asri meluahkan kekesalan barang perniagaannya disita oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kemudian, pihak MBSA menjelaskan alasan menyita barang perniagaan Asri Janggut selepas teguran dan nasihat tidak di ambil peduli.

Belum pun reda kisah tersebut, timbul pula isu lebih kurang sama membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seorang individu bernama Cikgu Izzat Johari telah memuat naik video di Facebook bertajuk “Di Mana Sifat Kemanusiaan? DBKL Rampas Barang Peniaga di Tasik Titiwangsa.”

Hantaran dan video tersebut telah menarik perhatian ramai apabila dikongsikan lebih 6.6k shares.

” Walaupun ianya satu kesalahan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan, saya rasa pihak DBKL boleh bertimbang rasa untuk mengarahkan peniaga untuk kemas dan balik.

” Mohon ada sedikit pertimbangan.

” Sudah tiba masanya, pihak DBKL menyediakan tapak berniaga yang lebih banyak kerana pasca Covld-19 ini, ramai yang mencuba nasib untuk berniaga bagi meneruskan hidup.” tulis Cikgu Izzat Johari

DBKL RAMPAS BARANG PENIAGA

[SifatKemanusiaan] Walaupun ianya satu kesalahan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan, saya rasa pihak DBKL boleh bertimbang rasa untuk mengarahkan peniaga untuk kemas dan balik.Mohon ada sedikit pertimbangan.Sudah tiba masanya, pihak DBKL menyediakan tapak berniaga yang lebih banyak kerana pasca Covid-19 ini, ramai yang mencuba nasib untuk berniaga bagi meneruskan hidup.#BMF#PEMBELACakna#KitaJagaKedaulatanMalaysiaKredit: Terima kasih kepada sahabat nitizen yang merakam kejadian.

Posted by Cikgu Izzat Johari on Tuesday, August 11, 2020

Penjelasan DBKL

Sementara itu, pihak DBKL telah tampil memberi penjelasan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

” Aktiviti penjajaan ini mengganggu laluan awam khususnya di Jalan Kuantan kerana beroperasi di atas laluan pejalan kaki.

” Jika tidak dikawal dan dibendung, ia akan membahayakan pejalan kaki kerana mereka terpaksa berjalan di atas jalanraya disebabkan halangan oleh penjaja ini.

” Amaran lisan dan bertulis ini turut dikeluarkan kepada pengusaha basikal sewa yang beroperasi tanpa lesen.

” Pada hari kejadian (Sabtu), anggota penguatkuasa DBKL telah membuat rondaan di lokasi dan mendapati penjaja serta pengusaha basikal yang berada di lokasi akur bertindak mengemaskan peralatan dan beredar namun penjaja yang terbabit masih berdegil dan terus berniaga di lokasi.

” Apabila petugas menghampiri dan memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan jika masih gagal beredar, barulah penjaja tersebut berpura-pura mengemas dan menunggu kenderaan tiba namun tiada tanda-tanda daripada penjaja tersebut untuk beredar.

” Disebabkan penjaja tersebut masih gagal mematuhi amaran yang telah dikeluarkan, tidnakan menyita meja terpaksa diteruskan.

” Tiada sitaan terhadap barangan jualan milik penjaja tersebut dilakukan.

” Sepanjang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan, anggota pengutakuasa DBKL juga membuat rakaman video bagi memastikan tindakan dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan serta bagi mengelakkan sebarang manipulasi fakta oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan. Sekian” tulis pihak DBKL

KREDIT : ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*