Ditanya Kenapa Tak Bagi Pelakon Lama Bawa Watak Opah, Sekali Kena Sound Dengan Jinggo

Tidak dinafikan pelakon dan sutradara terkenal Sheila Rusly dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo selalu mendapat perhatian peminat drama tempatan kerana sering menghasilkan drama yang memenuhi cita rasa penonton tempatan.

Terbaru, memegang watak sebagai Opah Aminah dalam drama Bukan Gadis Biasa, ramai mengatakan drama ini bakal menjadi karya terakhir Sheila kerana dia dikatakan mahu berehat seketika dari dunia lakonan.

Drama ini menjadi trending setiap kali bersiaran, namun ia tidak terlepas dari kritikan netizen.

‘Awak Bukan Orang Industri, Baik Diam Jadi Penonton’ – Jinggo ‘Sound’ Penonton Berlagak Pandai

Sebut sahaja Bukan Gadis Biasa, pasti tahu drama tersebut kini trending dan sedang hangat ditayangkan dikaca televisyen. Walaupun ramai yang meminati drama tersebut, namun pasti tidak terlepas dari kritikan netizen.

Jika sebelum ini menerima kritikan teknik suntingan yang disamakan dengan budak sekolah oleh netizen, kali ini ada netizen yang mempersoalkan mengapa tidak ambil pelakon lama untuk watak wanita tua dalam drama tersebut.

Terkesan dengan komen netizen itu, pengarah drama Bukan Gadis Biasa, Azman Yahya atau Jinggo tampil menjelaskan mengapa dia untuk menggunakan pelakon lebih muda untuk membawakan watak Opah Aminah itu.

Menurutnya, penonton tidak faham bagaimana cara orang industri bekerja. Katanya, keputusan untuk menggunakan efek solekan bagi watak itu telah pun dipersetujui semua mereka yang terlibat dalam menjayakan drama berkenaan.

Jinggo berkata lebih mudah untuk mengenakan solekan kepada individu yang berusia 50 tahun berbanding dengan yang berusia 80 tahun. Jelasnya lagi, pelakon berusia mungkin tidak boleh menghafal dialog yang panjang.

Tambah Jinggo, pihaknya bimbang pelakon berusia akan kepenatan memandangkan babak yang dipegang Opah Aminah bukannya sedikit dan pelakon perlu berada di set hingga lewat malam dan mungkin akan kepenatan sehingga mengganggu proses penggambaran.

Dalam pada itu, Sheila Rusly dilihat turut tampil menjawab kritikan penonton dengan mengatakan sesiapa yang tidak puas hati atau tidak suka supaya tidak menonton drama tersebut.

Diharap penjelasan Jinggo itu dapat memuaskan hati penonton yang mengkritik drama tersebut. Ada sebab mengapa Sheila Rusly dipilih sebagai Opah Aminah.

samson bujang lapok

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*