Doktor Pakar Warga Malaysia MennggaI Dnia Di UK Akibat Jngkitan Covid-19

Seorang doktor warga Malaysia yang bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, United Kingdom (UK), Dr R Vishna, dilaporkan mennggaI dnia akibat jngkitan COVID-19.

Sesawang rasmi Yayasan Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham hari ini, melaporkan mendiang yang lebih dikenali sebagai Vish, adalah seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan

Menerusi kenyataan itu, Dr Rasiah dikenali rakan sekerja dengan panggilan Vish yang merupakan seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan.

Ketua Eksekutif hospital terbabit, Sarah-Jane Marsh, menyifatkan Vish seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi serta disayangi rakan sekerjanya.

“Mendiang juga sangat berdedikasi dalam hal menjaga serta merawat bayi dan keluarga mereka.

“Kematiian Vish adalah sesuatu perkara yang di luar jngkaan dan memberi impak besar terhadap isteri, anak perempuannya dan bidang Neonatal.

“Kita mesti mengingati setiap nilai murni yang disebarkan mendiang, semua visi dan sifat keberaniannya akan terus ditanam dalam hati. Moga tuhan merahmati Vish, berehatlah dengan aman,” katanya.

Sementara itu, pengarah perubatan hospital berkenaan, Dr Fiona Reynolds, berkata sumbangan mendiang sebagai pakar perunding neonatal akan terus dihargai masyarakat setempat yang disifatkan sebagai insan yang amat berdedikasi terhadap bidang kerjanya.

“Mendiang sudah merawat ramai pesakit ketika beliau bekerja sebagai Pakar Perunding Neonatal di Birmingham.

“Vish akan sentiasa berada dalam ingatan kami,” katanya.

Isteri mendiang, Liza dilaporkan berkata, mendiang seorang suami dan bapa penyayang kepada anak mereka, Katelyn. Dia turut menzahirkan rasa sedih diatas kehilangan suaminya.

“Vish turut disayangi keluarga dan rakannya yang berada di Malaysia dan Trinidad.

“Mendiang komited terhadap kerjanya, rakan sekerja pula dilihat sebagai ahli keluarga baginya.

“Semua pesakit yang dirawat dan dilayan seperti ahli keluarganya, saya sangat bangga dengannya,” katanya.

Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*