“Kema.tian Faziani diragui. Kami syak ada unsur lain…” – Keluarga

Kema.tian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019 didakwa mempunyai keraguan hingga membuatkan keluarga Allahyarham tampil membuat laporan polis.

Menurut Harian Metro, laporan polis itu dibuat jam 1 tengah hari tadi di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kema.tian pengasas produk berkenaan.

Ketika dihubungi, ahli keluarga Allahyarham mengesahkan perkara tersebut kerana kema.tian Alahyarham dipercayai mempunyai unsur lain.

“Kema.tian Allahyarham diragui….”

“Selepas kema.tian Allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kema.tian Allahyarham diragui.

“Kami mengesyaki kema.tian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.”¬†

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarham.

Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.

Allahyarham dalam perjalanan ke pondok Yala di Thailan

Untuk rekod, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan. Walaubagaimanapun, Allahyarhamah dikatakan kemalangan dan ce.dera pa.rah.

Allahyarhamah Faziani Rohban dan suaminya, Shah Rizal Ibrahim, pada ketika itu menaiki (MPV) Toyota Estima telah terlibat kemalngan dengan sebuah lori.

Allahyarhamah dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kece.deraan pa.rah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, ce.dera.

Sumber/Kredit:Harian Metro via Redaksi

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*