Hampir Setiap Hari Ingatkan Rakyat Malaysia, Dr Noor Hisham Sedih SeIepas MeIihat Apa Yang BerIaku di Mhkamah

PUTRAJAYA, 28 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap situasi perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjelaskan, kerap kali pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang awam sebelum ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak C0VID-19.

Tidak ikut SOP

“ Sudah terang lagi bersuluh setiap hari KKM mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

“ Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memberi maklum balas mengenai laporan BERNAMA di Twitter yang bertajuk ”Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baru”.

Terdapat banyak gambar tular di media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah tersebut.

Siakap Keli, Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*