Baru Je Dilantik Menteri Agama, Dr Zulkifli Dapat Sepucuk Surat Dari Remaja Autisme Buat Dia Sebak

Sebelum di lantik menjadi Menteri Agama, pelbagai kisah menarik dan contoh terbaik telah ditunjukkan oleh Dr Zulkifli.

Dengan sikap beliau yang santai dan bersederhana, telah berjaya menarik ramai anak muda untuk mendampingi dan menjadikan beliau sebagai rujukan utama

Terbaru Dr Zulkifli telah berkongsi sepucuk surat yang diterima oleh adik Aiman

Menteri Agama Terima Surat

Sebak membaca surat anakanda Wan Aiman yang dikasihi. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lalu, pasti kenal anakanda Wan Aiman. Remaja auti1sme yang pintar dan amat meminati saya. Ini surat terbaharu yang beliau serahkan sendiri kepada saya⁣. Aiman jual pantun, saya beli ya. ⁣

“ Dua tiga kucing berlari,⁣ Manakan sama si kucing hitam,⁣ Anakanda Wan Aiman yang Allah kasihi,⁣ Jangan ditinggal solat malam.”  Itulah kunci kekuatan seorang hamba kepada-Nya.

Surat ini telah mengundang sebak netizen

Tekankan Cara Kerja Terbaik

Saya bukan (jenis) kerja one man show (seorang) diri. Saya akan perkenalkan cara kerja mengikut sistem piramid, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, cara kerja beliau juga lebih menitikberatkan konsep masa dan tidak suka anak buahnya (penjawat awam) bawah jabatan dan agensi kementerian mengabaikan waktu ketika menjalankan amanah.

Menurut beliau, ketua jabatan itu juga perlu menyediakan laporan setiap minggu kepadanya berhubung tugas kakitangan bawahan supaya semua bekerja secara profesional.

“Saya suka kerja secara piramid, saya bukan one man show. Mulai sekarang juga setiap ketua perlu ada laporan mingguan bagi kakitangan bawahannya.

“Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana. Takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan jabatan dan agensi agama bawah Kementerian di Jabatan Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Marzuki Shaari.

Menurut Dr. Zulkifli, antara yang beliau akan tekankan dalam konsep kerja ialah setiap mereka berada di awalan, iaitu datang kerja awal dan siap kerja awal.

Ini kerana ujarnya, nikmat yang mereka miliki adalah untuk rakyat dan masa itu pula bersifat keemasan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tidak dapat masuk awal ke pejabat pada hari pertamanya semalam kerana perlu menghadiri dan menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pelantikannya sebagai menteri.

“Semalam saya tak masuk pejabat, sengaja saya masuk hari ini sebab nak solat sunat dhuha dan solat sunat hajat dengan tuan-tuan,” katanya.

Dr. Zulkifli turut menyentuh mengenai cabaran yang berkaitan dengan masa, iaitu apa yang dilihat dan diperhatikannya, kakitangan banyak membazirkan waktu.

“ Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya.

“ Ini konsep tidak s1ihat. Padahal, kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal,” katanya

Status Haji

Masih terlalu awal untuk kerajaan membuat keputusan membatalkan ibadat haji ketika seluruh dunia, termasuk Arab Saudi berdepan dengan serangan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang keputusan lagi mengenainya, sebaliknya tertakluk kepada keadaan pada ketika itu.

“ Perkara ini kita akan lihat waktu hampir sama (dahulu).

Maksud saya ketika mana hampir waktu haji, sekarang kita ada lebih kurang dalam empat bulan lagi.

“ Jadi waktu itu mungkin kita doa pada Allah supaya wabak seperti ini sudah berlalu pergi,” katanya kepada pemberita selepas majlis tahnik ke atas lebih 40 bayi di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Dunia Akhirat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*