DS Najib Razak Dedah Drama Yang Dicipta Tun M

MALAYSIA: Disebabkan keinginan Tun Mahathir mahu rebut kuasa di dalam suasana negara yang dilanda CoV-19, bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku.

Artikel kami tulis berdasarkan kepada perkongsian yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak di dalam laman facebooknya pada 20 May yang lalu.

Pertama, menurut Datuk Seri Najib Razak, Tun M adalah orang yang tidak suka dengan DAP. Dia juga tidak suka untuk melihat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dikatakan Mahathir sudah tidak mampu bertahan dengan gesaan DAP dan orang Anwar terhadapnya namun terpaksa bertahan kerana jumlah kerusi parlimen DAP dan PKR jauh lebih banyak berbanding partinya.

Tun Mahathir dikatakan menyokong penyatuan BN dan PAS bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia. Disebabkan itu, Mahathir dikatakan telah memujuk parti tersebut berbulan-bulan.

Dikatakan juga, bahawa Parti Peribumi mahu keluar dari Pakatan Harapan secepat mungkin kerana takut kalah dalam PRU15 yang akan datang selepas 5 kali kalah dalam Pilihanraya Kecil kepada Barisan Nasional.

Disebabkan itu dimeletakkan jawatanya tanpa memberitahu atau berunding dengan pemimpin-pemimpin PH. Selepas itu, dia umum mahu membuat kerajaan perpaduan semasa dia menjadi Perdana Menteri Interim.

Dengan cara tersebut, Tun M dikatakan boleh memilih ahli-ahli parlimen yang totok pada dia sahaja bagi menyokong dirinya sebagai Perdana Menteri tanpa mengambil kira tekanan parti atau pemimpin parti yang lain.

Dia boleh ambil sesuka hati dari BN, PKR, DAP, PAS, PAN (Tapi saya tidak faham mengapa nak ambil dari PAN saya tidak tahu kenapa) dan dari parti-parti yang ada di Sabah dan Sarawak.

Namun malang, apa yang cuba dia lakukan tersebut tidak mendapat sokongan daripada UMNO, PKR, PAS dan DAP kerana dengan melakukan perkara tersebut akan melahirkan seorang diktator dengan kuasa tanpa batas.

Selain itu, pada ketika itu PAS dan UMNO tidak dapat menerima kenyataan untuk memberi kerjasama dengan orang DAP. Manakala parti GPS dari Sarawak pun tidak mahu duduk dengan orang DAP kerana terlalu hancing.

Dikongsikan juga dalam artikel tersebut bahawa Tun M dikatakan tidak pernah hormat dengan Pakatan Harapan dan tidak pernah hormat dengan mandak Rakyat. Ini lebih kelihatan apabila dia meletak jawatan tanpa membuat sebarang perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Cuma kata Najib Razak, yang hanya bersetuju dengan Tun M hanyalah Pak Kadir dan memang sikap Pak Kadir ini setia 100% dengannya sejak dulu lagi.

ā€œDisebabkan semua pihak tidak bersetuju termasuklah parti-parti komponen Pakatan Harapan, BN pun tidak menyokong nya menjadi Perdana Menteri semasa menghadap YDP Agongā€

Lalu dia pun kalah kerana tidak mendapat sokongan padu dari kedua-dua pihak. Namun selepas kalah pun dia masih lagi bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan bagi mendapatkan kuasa kembali.

Sumber Asal: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157053258200952/ via team Rentas Malaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*