Dua Beradik Ini Tidak Pulang Ke Rumah Selepas Sekolah Dan Hilang Secara Msteri. Jiran Menceritakan Apa Yang Dia Nampak

“Dia kata nak bawa balik adiknya petang ini, namun hingga sekarang mereka belum pulang,” kata bapa dua beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah mereka di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor semalam.

Kehilangan Nuramisha Jessica Abdullah, 16, dan adiknya Putri Noradriana Megat Zulkarnain, 11, disedari ibu mereka, Nurlina Harun, 33, apabila dua beradik itu tidak pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan, tengah hari semalam.

Bapa mereka, Megat Zulkarnain Mohd Noor, 48, berkata, anak tirinya, Nuramisha ada menghubungi ibunya melalui mesej di aplikasi WhatsApp pagi tadi.

“Nuramisha memaklumkan dia akan membawa adiknya pulang ke rumah petang ini. Namun, sehingga kini mereka belum pulang.

“Kami cuba menghubunginya semula, namun gagal kerana dipercayai dia sudah mematikan telefon bimbitnya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Megat Zulkarnain berkata, Nuramisha juga ada memaklumkan mereka berada di rumah saudara di Kuala Lumpur.

BERADA DI RUMAH SAUDARA YANG MANA?

“Namun, kami tidak mengetahui siapa saudara yang dimaksudkan. Dia turut memberitahu bahawa mereka selamat dan minta diberi masa,” katanya.

Megat Zulkarnain memaklumkan anak tirinya dikatakan keluar dari rumah untuk ke sekolah kira-kira jam 6 pagi bersama adiknya, Putri Noradriana.

Katanya, bagaimanapun, isterinya menghubunginya petang semalam memaklumkan dua beradik itu belum pulang dari sekolah.

“Tambah membimbangkan apabila pemeriksaan di bilik mereka mendapati beg sekolah Putri Noradriana ada di dalam biliknya.

“Kami menunggu hingga jam 2 petang, namun mereka belum juga pulang ke rumah. Anak jiran yang juga rakan sekelas dengan Nuramisha memaklumkan dia tidak masuk ke sekolah hari ini.

JIRAN MENCERITAKAN APA YANG DIA NAMPAK

“Jiran beritahu nampak mereka (dua beradik itu) berdiri berhampiran lokasi menunggu van sekolah kira-kira jam 6 pagi sebelum kelibat mereka tidak kelihatan beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Megat Zulkarnain berkata, pemeriksaan di bilik mereka mendapati setengah daripada baju di dalam almari serta dua tabung duit milik dua beradik itu turut lesap.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain cuba mengesan lokasi mereka di sekitar pekan ini, namun gagal menemui dua beradik itu.

KEJADIAN SEBELUM MEREKA HILANG

“Beberapa hari sebelum kehilangan mereka, Nuramisha ada menunjukkan tanda pr0tes selepas berlaku konfIik antara saya dengannya kerana menegur perbuatannya yang salah.

“Dia mungkin terasa hati dengan perkara itu hingga melarikan diri dari rumah dan membawa adiknya bersama. Saya berharap Nuramisha membawa adiknya pulang semula ke rumah kerana kami bimbang terhadap keselamatan mereka.

“Apa jua masalah yang berlaku sebelum ini boleh bawa berbincang. Apa yang penting kedua-duanya balik ke rumah semula dalam keadaan selamat,” katanya yang bekerja sebagai pemandu peribadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi dua beradik terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Megat Zulkarnain memaklumkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung kejadian itu jam 11 malam tadi.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*