Agong Dengan Selambanya Panjat Besi Pembahagi Jalan, Dua Kali Turun Kenderaan Tengok Mgsa KmIangan

Sekali lagi sikap prihatin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi terserlah apabila baginda turun sebanyak dua kali daripada kenderaan rasminya untuk menyantuni mngsa kmIangan di Cyberjaya, hari ini.

Perkara itu dikongsi menerusi dua rakaman video berserta dua gambar di laman sosial Instagram, istana_negara, 11 pagi tadi.

Difahamkan, baginda dalam perjalanan pulang selepas selesai Mesyuarat Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya sebelum terserempak dengan dua kmIangan berkenaan.

Menerusi video pertama yang dikongsi, baginda turun dari kenderaan untuk bertanyakan mgsa kmIangan di Cyberjaya membabitkan Toyota Vios dipercayai terb4bas akibat jalan licin.

Baginda kelihatan turut melangkah penghadang besi pembahagi jalan untuk ke laluan bertentangan bagi bertanyakan khabar mngsa kmIangan sambil diiringi pegawai istana dan pegawai pengiringnya.

Turut kelihatan dalam rakaman video sama adalah Datuk Paduka Maharajela Azuan Effendy Zairakitnain.

Sementara itu, menerusi rakaman video kedua pula, baginda turun dari kenderaan untuk bertanyakan mngsa kmIangan berhampiran Plaza Tol MEX, Cyberjaya membabitkan Honda City dipercayai turut terbabas akibat jalan licin.

Kelihatan dalam video sama, mngsa kmIangan, petugas tol dan anggota p0lis trafik turut mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama baginda.

Menerusi laman sosial itu, baginda mengingatkan kepada semua pemandu supaya memandu berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelak kmIangan.

Ini bukan kali pertama Sultan Abdullah turun dari kenderaan untuk melihat dan bertanyakan khabar mngsa kmIangan malah, baginda pernah melakukan perkara sama berhampiran jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim, pada 5 Ogos lalu.

Malah, pada 26 Jun lalu, baginda turut membantu mngsa kmIangan di Putrajaya ketika dalam perjalanan menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Dr Mahathir di Istana Melawati.

Berikut adalah perkongsian asal yang di tulis di Instagram Istana_negara.

”Dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kmIangan jalan raya.

”KmaIangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya. Seri Paduka Baginda menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kmaIangan.

Agong Cemar Duli Turun Kenderaan Tengok Mngsa Kmlngan

Selamba jer Agong panjat besi divider..ampun Tuanku!

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Thursday, November 7, 2019

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : hmetro dan ig Istana_negara via Live Info

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*