Dulu Kalau Passport Hilang Ganti Free Tapi Sekarang Tidak Lagi. Kalau Anda Hilang Passport Munkin Anda Akan Menyesal Tak Sudah

KUALA LUMPUR: Pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan akan dikenakan denda RM300 hingga RM1,200, berkuat kuasa Rabu lalu.

Perintah denda itu turut membabitkan kerosakan pada dokumen berkenaan seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu.

Perintah yang disiarkan di laman sesawang rasmi Pejabat Peguam Negara itu dikeluarkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

KESALAHAN PERTAMA KALI

Menurut perintah itu, individu yang kehilangan dokumen terbabit buat pertama kali, dikenakan denda sebanyak RM400 kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan.

“Denda RM300 hingga RM1,200 ganti pasport hilang”

KESALAHAN KEDUA

Bagi penggantian pasport kali kedua, denda sebanyak RM700 akan dikenakan manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan.

KESALAHAN KETIGA

Jika pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, denda sebanyak RM1,200 akan dikenakan manakala RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Sebelum ini, pemilik yang kehilangan dokumen berkenaan tidak dikenakan sebarang penalti.

Sumber ArtikelBHARIAN ONLINE

Notakaki: Rata rata netizen tidak berpuas hati dengan denda yang dikenakan. Kenapa perlu didenda jika pertama kali hilang? Kalau hilang sebab diragut atau hangus dalam kebak4ran, senang cakap bukan kecuaian kita sendiri kenapa mesti didenda? Harap Kerajaan boleh rujuk semula denda ini untuk kesenangan rakyat.

Apa pun maceh bagi minyak murah harini .. huhu!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*