Tak Lupa Jasa Isteri. Tayang Kereta Sport Harga Sejuta, Ebit Lew Hadiahkan Audi R8 Untuk Isteri?

Umum mengetahui popular Ustaz Ebit Lew mempunyai beberapa rangkaian perniagaan dan sumber pendapatan.

Jadi tidak pelik beliau mampu tinggal di banglo tiga tingkat dan memiliki beberapa kereta mewah.

Terbaru, beliau berkongsi di Instagram klip video pendek beliau berada di dalam sebuah kereta ‘mewah’ jenama Audi berwarna putih.

Tidak dinyatakan kereta itu adalah miliknya. Dan tidak juga diberitahu ia adalah pemberian kepada isteri.

Tetapi berdasarkan kapsyen ditulis seakan memberitahu ia dihadiah untuk isteri tersayang. Dan tiada apa yang salah jika ia betul sekalipun.

Jika ia bukan milik Ebit Lew atau bukan hadiah kepada isteri, sama-samalah kita doakan semoga ia menjadi milik beliau.

Berikut hantaran ditulis Ebit Lew;

” Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah.

” Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri.

” Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri.

” Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga.

” Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita.

” Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah.

” Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak.

” Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa.

” Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita.

” Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami.  Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.

” Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita.

” Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.

” Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik

Komen warganet

Sementara itu diruangan komen, ramai tertanya-tanya adakah kereta mewah tersebut adalah hadiah untuk isteri tercinta.

Malah tidak kurang yang ‘bersembang’ tentang jentera hebat yang dikongsikan Ebit Lew itu.

Berdasarkan komen mereka, kereta ‘sport’ itu adalah jenama Audi R8 5.2 V10 Plus Coupe keluaran tahun 2017.

Menerusi carian penulis juga, harga kereta tersebut berharga sekitar RM1.4 juta..

” Habiskan rezeki utk orang susah . Habiskan rezeki utk isteri . Rezeki tak pernah putus even berjuta juta habis bantu orang susah . So jangan takut utk bersedekah” komen Anep

” Perghhh kereta idola lagi ni ustadz beliii. Nampaknya sama jiwa minat Audi. Menyusul kemudian” komen Izhar

LIMAU AIS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*