Ebit Lew Muatnaik Gambar Terbaru Pergi Bantu Keluarga Miskin Di Baling. Sekali Pusat Zakat Masuk Komen

Beberapa hari yang lepas, penuh Media Sosial dengan cerita pendakwah Ustaz Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi kenyataan.

Ia susulan kisah sebelum ini yang dikongsikan Ebit Lew berkenaan keluarga miskin bernama Pak Ishak yang dikatakan tidak senangi sesetengah pihak.

Ebit Lew mengatakan bahawa beliau tidak lagi dapat turun memberi bantuan secara terus dan hanya boleh menyalurkan bantuan dengan ‘transfer’ duit sahaja.

Bagaimanapun semalam pihak polis menerusi satu kenyataan mengatakan bahawa pendakwah dan penceramah popular itu tidak akan dihalang dari melakukan kerja amal.

Ramai menyambut baik kenyataan pihak polis tersebut. Memandangkan dalam situasi PKP, ramai yang terjejas dan hidup atas sumbangan orang ramai.

Justeru, Ebit Lew tampil lagi meneruskan kerja kebajikan beliau selepas dinasihatkan orang ramai agar tidak berputus asa.

Berikut perkongsian terbaru Ebit Lew;

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.

Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki.

Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti.

Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka.

Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam.

Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana.

Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.

Pusat Zakat Kedah pun komen positif

Perkongsian terbaru Ebit Lew itu mendapat 15k ‘share’ setakat ini dan hampir 14k komen.

Menariknya, selain komen dari warganet, Pusat Zakat Daerah Baling turut memberi komen positif di atas usaha Ebit Lew itu.

” Alhamdulilah. Syukur kepada Allah kerana hadirkan Ustaz Ebit Lew ke daerah Baling terutama dalam membantu keluarga ini. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Insyallah..” tulis Pusat Zakat Daerah Baling.

Komen itu juga mendapat reaksi baik dari warganet yang rata-rata berlapang dada dan memberi komen positif.

Malah Pusat Zakat Daerah Baling juga disaran bekerjasama erat dengan Ustaz Ebit Lew agar kerja kebajikan sebegini dapat diperkasakan.

Kenyataan Pejabat Zakat Daerah Baling

Kisah keluarga Megat Noor Asyeqi bin Megat Hussin dan isteri Roshamilia Binti Mat Rozi yang tinggal di Kg Air Kembar, Baling telah tular di laman media sosial Facebook baru-baru telah berjaya mendapat perhatian netizen dan pihak berwajib.

Hampir beratus-ratus “share” dan komen telah diperkatakan dalam hal ini, tidak kurang ada yang mencemuh pihak tertentu dan sebahagian yang berusaha mencari jalan solusi dengan membantu mereka.

Alhamdulillah pada pagi ini, pihak Pejabat Zakat Daerah Baling bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah turun padang, meninjau sendiri keadaan keluarga mereka.

Menurut Pegawai Zakat, Ustaz Ahmad Mustaqim. Bin Zainul Abidin, “Megat Noor Asyeqi merupakan seorang penoreh getah (pawah) disamping mencari sarang lebah kelulut untuk diternak.

Pendapatan kasar beliau adalah sekitar RM500.00 sebulan. Beliau mempunyai 4 orang anak yang 2 daripadanya bersekolah rendah, seorang di Tadika dan seorang masih kecil.”

Tambah beliau lagi, asalnya beliau sekeluarga tinggal di rumah pusaka nenek sebelah isteri beliau di kampung charok salang dan telah berhadapan masalah peribadi tersendiri sebelum beliau keluar daripada balik ke kampung bapa beliau.

Bapa beliau meminta mereka tinggal bersamnya namun beliau enggan dan membuat pondok (seperti dalam gambar) untuk beliau sekeluarga berteduh. Beliau tinggal di pondok itu lebih kurang baru 6 bulan.

Hasil keputusan perjumpaan pada pagi tadi, dua pihak berwajib telah membuat kata sepakat untuk membantu beliau sekeluarga.

Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan membantu memberikan sebuah rumah kepada beliau manakala pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu memberi bantuan bulanan kepada mereka.

Asia united

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*