Emma Maembong Memilih Tarikh 20022020 Untuk Bernikah. Ini Gelaran Bakal Suami Emma Maembong Yang Ramai Tak Tahu

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini.

Difahamkan, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Berdasarkan tarikh cantik 20022020, kemungkinan ia menjadi tarikh pernikahan mereka adalah benar. Namun, dakwaan mengatakan bakal suami Emma adalah kerabat diraja adalah tidak benar. Sebaliknya, lelaki berusia 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga Emma.

Sebelum ini, Emma pernah bercinta dengan pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Kamal Adli. Malah, Emma juga digosip menjalin hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.

Emma juga mencetuskan kontrovrs1 apabila membuka tudung tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Emma berhubung perkara ini tidak berjaya apabila mesej WhatsApp dihantar tidak dibalas.

Emma Maembong Nikah Kerabat 22 Februari? Dah Tempah Ruang Masjid Untuk Majlis Doa Selamat?

Khabarnya, persiapan semua telah dibuat, termasuklah memberitahu tentang berita gembira ini kepada sahabat-sahabat terdekat.

Alhamdulillah, Miss K tumpang gembira jika benar berita yang sampai ke telinga Miss K itu.
Lagipun, jejaka yang berjaya mencuri hati Emma ini pun bukan calang-calang. Orangnya kacak, Chinese look!

Bak kata orang, kalau berdiri sebelah-sebelah tu memang bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.

Kepada Emma, tahniah daripada Miss K ya. Semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan.

Walaupun sehingga hari ini Emma tidak mengesahkan tentang desas-desus ini, tapi menurut sumber Miss K tarikh 22 Februari itu COMFIRM!

Wahhhh….Mesti ramai yang dah tak sabar nak tengok Emma naik pelamin nanti…Dengarnya, ruang masjid untuk majlis doa selamat dan tahlil pun sudah ditempah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Harian Metro / Gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*