Lepas PM Umum, KWSPTampil Berltahu Tarlkh Dan Syarat Untuk Pengeluaran10K

Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM 10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM 101 bi.lion, melibatkan 7.34 j.uta pencarum sejak pa.ndemik C.0VID 19 mela nda negara dua tahun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Pada 15 Januari lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih ramai ahli KWSP akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan PGK sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan.

Malah katanya, hampir separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM 10,000 dan 55 peratus daripadanya terdiri daripada Bumiputera.

KWSP Beritahu Tarikh

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM 10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah usia 55 tahun bermula 1 April ini.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan akan berakhir pada 30 April manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM 10,000 dan minimum RM 50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” jelasnya.

Sumber/Kredit: BH/US via 0nlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*