Event Dah Habis Dan Penganjur Kena Denda. Netizen Berang Kenapa Lambat Bertindak

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengeluarkan kompaun RM2,500 kepada penganjur program sambutan tahun baharu, Neon Countdown 2019, yang dibuat di Lukut dekat sini malam tadi.

Yang Dipertuanya, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, penganjur yang beralamat di Subang itu dikenakan kompaun di bawah Seksyen 56(1) iaitu menganjurkan pesta tanpa permit yang sah dari MPPD.

Terdahulu, Mohd Zamri berkata pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kelulusan bagi penganjuran program tersebut, yang mendapat bantahan daripada penduduk setempat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Sebaliknya, MPPD hanya mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan penganjur untuk mendapatkan permit bagi acara bunga api.

“Bagaimanapun berdasarkan aduan orang awam dan pemantauan, pelaksanaan program tersebut adalah berbeza daripada permohonan yang dikemukakan oleh pihak penganjur kepada MPPD.

“Terdapat keresahan dalam kalangan orang awam mengenai aktiviti yang diadakan seperti meminum arak, pergaulan bebas dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, lima pengunjung pesta berkenaan ditahan polis malam tadi selepas dipercayai memiliki dan mengambil da dah.

Ketua Polis daerah, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, suspek yang terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki itu bukan penduduk daerah ini sebaliknya datang untuk meraikan tahun baharu.

Suspek ditahan sebelum program iaitu pada pukul 7 malam selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif da dah dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya selepas membuat tinjauan program itu malam tadi. – (Sumber : Malaysiakini)

Lima ditahan di Neon Countdown PD malam tadi

PORT DICKSON – Polis menahan lima individu dipercayai memiliki dan memasukkan da dah dalam badan di kawasan penganjuran program Neon Countdown yang diadakan di Tasik Villa, Lukut, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap suspek.

Katanya, kesemua mereka terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki itu adalah orang luar, bukan penduduk setempat.

“Pada jam kira-kira 7 malam sebelum program bermula kami telah menahan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa piil dipercayai da dah ada bersama mereka, dan ujian uurin mendapati positif, bagaimanapun kes ini masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan di program Neon Countdown di Lukut malam tadi.

Penganjuran program Neon Countdown yang bertemakan ‘Love, Music and Experience’, sempena menjelang tahun baharu 2019, menjadi kontroversi apabila mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar.

Program yang berlangsung di sebuah kawasan privasi itu, mengundang kemarahan penduduk setempat, yang khuatir akan wujudnya masalah moral, selain bertentangan dengan budaya Malaysia.

Menurut Aidi, pihaknya turut kesal dengan program yang berlangsung malam tadi, berikutan tidak sama seperti yang dimohon penganjur sebelum ini.

“Permohonanan awal penganjur lebih kepada persembahan kebudayaan dan kesenian tetapi kita dapati penganjuran yang diadakan malam tadi bertentangan dengan permohonan yang dibuat.

“Saya amat kesal dengan apa yang penganjur buat tanpa memaklumkan kepada pihak polis situasi dan perancangan sebenar,” katanya.

Tambahnya, hasil pemantauan mendapati pihak penganjur melakukan program lain, tidak sama seperti surat permohonan yang dikemukakan.

“Dengan itu mereka dianggap bersalah kerana melanggar peraturan, dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Awam dan jika di sabit kesalahan boleh dikenakan denda,” katanya

Katanya, program sebegini memang tidak dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Seramai 70 anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan tersebut, bagi mengelakkan kegiatan yang tidak diingini berlaku, selain 200 pengawal keselamatan disediakan penganjur.

Lebih 10,000 pengunjung terdiri daripada pelancong luar negara, hadir menyertai Neon Countdown ini dengan harga tiket bermula RM168 sehingga RM20,000.

Turut kelihatan hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malek dan Penyelaras Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Tambah Aidi, secara keseluruhan program ini berada dalam keadaan terkawal, meskipun pada awalnya pihaknya berjaya mengesan penjualan dan penyediaan minuman keras dalam

program tersebut, namun akhirnya pihak penganjur akur dengan menarik semula semua minuman keras dalam kawasan tersebut. – Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*