Gadis Ini Tidak Pulang Selepas Keluar Membeli Burger. Ayah Gadis Ini Pergi Ke Gerai Burger Dan Ini Yang Diberitahu Oleh Orang Disitu Tentang Anaknya

REMAJA perempuan hilang selepas keluar membeli burger dari rumahnya di Jalan Dato Dagang, Kampung Paroi, di Seremban pada 26 Februari lalu.

Ibunya, Ruhani Mohamad, 45 berkata, dia bimbang memikirkan keadaan anaknya yang kini dua minggu tidak pulang ke rumah.

Katanya, pada kejadian 12.15 tengah malam, anaknya, Nurul Ayu Wati Abdullah, 19 memberitahu mahu membeli burger di sekitar kampung, namun tidak pulang selepas itu.

Ayah Pergi Ke Gerai Burger Tersebut

“Disebabkan itu, kami bertindak mencarinya di sekitar kampung dan Seremban tetapi tidak berjaya. Suami saya pergi semula ke gerai burger dan diberitahu penduduk mereka ternampak Ayu mengikuti seorang lelaki 20-an yang memandu kereta,” katanya.

Menurut Ruhani, pada Isnin lalu anaknya menghubunginya menggunakan nombor telefon tidak diketahui dan memberitahu berada di Sungai Petani, Kedah.

“Ayu meminta wang untuk belanja dan pulang ke Seremban selain memaklumkan telefon bimbit miliknya hilang,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurutnya lagi, dia cuba menghubungi anaknya semula, namun talian gagal dicapai.

“Suami dan anak yang lain turut menghantar kiriman mesej melalui WhatsApp namun ia disekat. Ayu, pulanglah ke rumah kerana mama dan abah bimbangkan keadaan Ayu,” rayunya.

Ruhani berkata, ahli keluarga tidak mempunyai sebarang masalah dengan anak bongsu daripada tiga beradik itu tambahan pula hubungan mereka sebelum ini baik.

“Sebagai remaja, dia mungkin mahukan kebebasan dan tidak mahu dikongkong. Jika Ayu terdengar rintihan mama, pulanglah segera ke rumah,” katanya.

Menurutnya, anaknya sebelum ini pernah bekerja kilang di daerah ini, namun berhenti tidak lama kemudian.

Sehubungan kehilangan itu, Ruhani membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini, 2.32 petang pada Khamis lalu.

Sumber Artikel: Hmetro Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*