Gadis Jual Jambu Ditahan. Bila Ditanya Kenapa Jual Jambu Ini Alasan Dia

MELAKA – Lebih 20 kanak-kanak dan remaja seawal umur 5 sehingga 15 tahun dikesan dalam sindiket aktif melakukan aktiviti menjual dan menjaja buah-buahan terutamanya buah jambu di kaki lima serta kedai makan di sekitar daerah Melaka Tengah sepanjang musim cuti persekolahan ini.

Seorang remaja lelaki dan dua remaja perempuan masing-masing berusia 12, 14 dan 15 tahun turut diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dari Unit Kanak-kanak dalam operasi bersepadu yang bermula kira-kira pukul 11 pagi di kawasan Bandar Hilir di sini hari ini.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diselamatkan JKM negeri (Unit Kanak-kanak) ketika menjaja
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diselamatkan JKM negeri (Unit Kanak-kanak) ketika menjaja buah-buahan di sekitar kawasan rekreasi di Banda Hilir hari ini.

Penolong Pegawai JKM (Unit Kanak-kanak) Melaka Tengah, Wan Nor Ahniza Hanom Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka diselamatkan ketika sedang menjaja buah-buahan yang ditolak menggunakan troli.

Jelasnya, dua daripada mereka yang berusia 12 dan 14 tahun itu juga merupakan adik-beradik serta sering  dlihat menjaja di kawasan tersebut iaitu Melaka tengah.

“Bapa kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang diselamatkan memberi alasan terpaksa menyuruh anaknya menjaja buah jambu kerana tidak mempunyai wang untuk membelikannya telefon bimbit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, keluarga itu merupakan penerima bantuan daripada JKM dan ayahnya juga masih mampu bekerja,” katanya pada sidang akhbar di Bandar Hilir di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Nor Ahniza berkata, risikan dan pemeriksaan yang dibuat sejak cuti sekolah minggu lalu mendapati lebih 20 kanak-kanak dan remaja mula menjaja buah jambu dari waktu pagi sehingga lewat malam di beberapa kawasan tumpuan ramai termasuk sekitar Kota Laksamana serta pusat membeli-belah di Banda Hilir. Boleh namsak sepeti sindiket di sini.

Jelasnya, menerusi iniasitif JKM, unitnya turut mengeluarkan kira-kira 10 notis amaran sepanjang bulan lalu kepada keluarga kanak-kanak yang terlibat dan satu laporan polis turut dibuat bagi siasatan mengikut Seksyen 17 (1) Akta Kanak-kanak 2001

Sumber : KOSMO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*