Gara Gara Covid-19, Orang Ramai ‘Panik’ Penuhi Pasar Raya Beli Stok Makanan

Kes Covid-19 telah mencatat jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes dengan jumlah peningkatan 125 kes baru. Hal ini telah membuat orang ramai cemas dengan penularan wabak ini yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu, orang ramai telah berpusu-pusu memenuhi pasar raya bagi membeli bekal kerana mempercayai khabar angin di mana perintah ‘lock down’ bakal diisytiharkan.

Makanan dalam tin jadi perhatian

Makanan yang menjadi tumpuan pembeli ialah makanan dalam tin, tepung, beras dan mi segera telah habis dijual. Orang ramai lebih dari kebiasaannya turut kelihatan sedang beratur panjang untuk membayar.

Sanggup beratur panjang

Berdasarkan gambar yang di muat naik di Facebook, ramai pengguna yang mengambil kesempatan memborong keperluan asas seperti tisu dan makan segera bagi membuat stok selama tempoh berkurung di rumah. Orang ramai dilihat membanjiri pusat beli belah di sekitar tempat tinggal mereka.

Stok makanan bakal habis

Bahan mentah masakan seperti ayam, nugget segera turut diborong pengguna yang panik dengan keadaan gelombang wabak Covid-19 ini. Tidak terkecuali, roti-roti habis diborong. Sikap berbelanja dalam keadaan panik ini tidak wajar berlaku kerana kerajaan masih belum mengisytiharkan perintah berkurung kepada rakyat.

Habis semua diborong dalam masa sehari

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*