Gara-gara Tersalah Sebut Nama Ayahanda Sultan Pahang Sebagai ‘Alhmarhum’, Wartawan Terima Kecaman Netizen..

Semua manusia tak terlepas daripada kesalahan, tak kiralah kalau anda seorang Perdana Menteri sekalipun apatah lagi seorang wartawan TV, perkara macam ni selalu berlaku tak kira masa.

Tapi sesuatu perkara tu jadi agak sensitif sikit kalau kesalahan tu membabitkan hidup atau mati seseorang. Hendak pulak ia berkenaan seorang Sultan. Uish nightmare ni! 

Tersalah sebut ‘Almarhum’ kepada Ayahanda Sultan Pahang 

Awal pagi ini berlangsungnya mesyuarat khas Pemilihan Agong ke-16 di Istana Negara untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Umum Negara berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V tak lama dulu.

Disebabkan ia satu event yang besar bagi negara kita, berpuluh-puluh media berkumpul di hadapan istana untuk membuat liputan secara langsung berkenaan perkara ini.

Malang bagi seorang wartawan hari ini, ketika melaporkan live di TV dia tersalah sebut nama ayahanda Sultan Pahang, sebagai ‘almarhum’ yang mana perkataan ini hanya digunakan kepada kerabat diraja yang telah meninggal dunia. Aduhai…

“Please la dik, study dulu istilah istana before go LIVE!!!” 

Disebabkan kesalahan tersebut, kebanyakan netizen menghentam wartawan terbabit dan dia juga telah menerima teguran daripada seorang wartawan senior.

“Sebagai seorang wartawan, saya bertanggungjawab sepenuhnya akan kesilapan itu” 

Walau bagaimanapun, wartawan terbabit sudah pun memohon maaf atas kekhilafan yang tak disengajakannya. Menurutnya lagi, perkara ini terjadi bukan sebab dia kurang maklum atau arif tentang istilah istana. Just slip of the tongue maybe? 

Sumber: Facebook

Apa-apapun bagi admin, kita maafkanlah kesalahannya sebab wartawan ni bukan sengaja pun nak sebut perkataan ‘almarhum’ tu. Harapnya janganlah netizen kat luar sana overreact pulak ye?

Kami daripada Lobak Merah ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah buat Sultan Pahang, KDYMM Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Daulat Tuanku!

Sumber : Viral Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*