Ramai Minta Tokti Jadi Pengacara Melet0p Ganti Neelofa, Gaya Lucu Tokti Buat Ramai Terhibur.

Buat peminat rancangan hiburan Meletop pastinya ternanti-nanti siapakah pengganti selebriti Neelofa selepas rasmi pada Disember lalu merupakan bulan terakhir buatnya mengacara rancangan popular itu.

Namun begitu, sehingga semalam sudah beberapa hos jemputan dapat disaksikan oleh peminat rancangan ini. Bagaimanapun, pelbagai maklum balas penonton yang seronok melihat cara selebriti popular seperti, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Nora Danish dan Mira Filzah yang bergandingan dengan Nabil Ahmad yang merupakan sebagai pengacara tetap.

Pun begitu, tak disangkakan semalam pula netizen dapat menyaksikan kemunculan penyanyi nombor satu tanah air mengacara rancangan Meletop. Ternyata, perkara berkenaan sangat membuatkan peminat Datuk Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti teruja.

Tokti dengan Nabil di Meletop meriah

Malah bukan hanya peminat Tokti saja yang teruja melihat dia dengan Nabil di Meletop tetapi penonton setia rancangan berkenaan juga memberikan maklum balas positif.

Ini kerana, rata-rata senang dengan penyanyi terkenal itu mengacara dengan penuh sopan santun dan terhibur apabila sering diusik Nabil Ahmad.

Menerusi satu temuramah yang dikongsikan di YouTube Meletop, kedua-dua pengacara ini bersama penyanyi-penyanyi yang tercalon di AME 2020 seperti Wany Hasrita, Tajul, Luqman dan Ismail Izzani membuatkan ramai geli hati.

Ada netizen yang mengatakan bahawa penyanyi terkenal itu kelihatan profesional ketika mengacara selain merasakan dia tidak kaku dan peka meskipun jarang membabitkan diri dalam bidang pengacaraan.

‚ÄúTokti nampak professional sgt mengacara‚Ķ‚ÄĚ

‚ÄúDatuk Siti Nuhaliza ada aura sebagai pengacara‚Ķ‚ÄĚ

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Meletop

Kredit: Himpunan Cerita Lawak via Viddy Media

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*