Gelandangan Bakal Bertugas Sebagai Pekerja Am DBKL & Operator Pengeluaran Kilang

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesemua gelandangan di ibu kota telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara bagi mengelakkan mereka dijngkiti wbak yang sedang berlaku di negara ini.

Ekoran daripada itu juga, sepanjang PKP mereka telah diberikan bantuan dan perhatian oleh pihak kerajaan. Oleh itu, kesemua mereka disarankan untuk memulakan kehidupan baru selepas tempoh PKP tamat.

SEBAHAGIAN golongan gelandangan yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara susulan Covid-19 mengambil pek minum petang di Pusat Komuniti Sentul Perdana. FOTO ASYRAF HAMZAH

Diberi peluang pekerjaan

Menerusi laporan Harian Metro, sebahagian daripada 800 gelandangan di sekitar ibu kota berpeluang menjalani proses temu duga kerja bermula semalam sehingga Selasa depan.

Inisiatif tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui jawatankuasa khas gelandangan dianggotai agensi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kesemua mereka bakal ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,400 berserta elaun. Manakala, jawatan yang ditawarkan untuk mereka buat masa ini ialah operator pengeluaran kilang. Di samping itu,mereka turut berpeluang bertugas sebagai pekerja am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan gaji harian yang membolehkan mereka menerima kira-kira RM1,200 sebulan.

Memulakan hidup baru

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan perasaan syukur kerana kesemua gelandangan menyahut seruan pihak kerajaan untuk memulakan kehidupan baru. Tambahnya, sementara mereka menunggu untuk mula bekerja, gelandangan akan dipindahkan ke dua asrama yang disediakan DBKL dan syarikat yang bakal menggajikan mereka.

Saya amat bersyukur mereka sahut seruan saya untuk memulakan hidup baharu. Semoga dengan berkat Ramadan kita semua beroleh keampunan dan keredaan Allah SWT.

Terdahulu, beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan bakal mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota. Dana tersebut diperuntukkan bagi tujuan perubatan, perkhidmatan kaunseling, penyediaan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan dalam usaha supaya Kuala Lumpur dapat dibersihkan.

Harian Metro Via Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*