Guru Mohon Insentif Penerbangan Tambang Murah. Sekali Kena ‘Sembur’ Dengan Wargamaya

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) berharap kerajaan dapat memberikan insentif tambang murah kepada guru dari Semenanjung untuk kembali bertugas ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya.

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan, berkata insentif itu bagi membantu guru supaya tidak berhadapan beban kewangan tinggi sebaik memulakan tugas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB) tamat.

Katanya, pihaknya sedia maklum berkaitan arahan kepada guru supaya kembali bertugas ke tempat asal bekerja berdasarkan surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 4 Jun lalu.

”Namun arahan ini boleh memberikan sedikit masalah kepada guru yang berada di Semenanjung untuk merancang pulang bertugas di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya terutama kepada mereka yang berkeluarga.

”Ini kerana ia berkaitan dengan kos penerbangan, jadual penerbangan, tempoh kurantin dan jarak serta perjalanan ke tempat bertugas terutama yang bertugas di kawasan luar bandar dan pendalaman.

”Justeru, kami berharap insentif tawaran harga penerbangan yang murah dan berpatutan dapat diberikan kepada guru terbabit terutama yang berkeluarga dengan pakej diskaun atau pembiayaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di Seremban, hari ini.

Mohd Azizee berkata, pihaknya juga berharap jadual penerbangan ditambah dari dua kali kepada empat kali seminggu untuk tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu guru di Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya.

”Kami (i-Guru) berharap keprihatinan pihak yang berkaitan dapat membantu untuk menangani masalah itu supaya guru dapat kembali bertugas ke tempat kerja masing-masing dengan selamat dan lancar,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azizee menggesa pihak pentadbir sekolah menggunakan budi bicara dalam urusan guru untuk kembali memulakan tugas seperti biasa.

Menurutnya, pihak pengurusan sekolah diharap dapat mengutamakan guru yang sedia ada di dalam kawasan bertugas terlebih dahulu sebelum mereka yang berada di luar kawasan memulakan tugas.

”Kami yakin ia boleh dilakukan secara berperingkat mengikut keutamaan dan kesesuaian masa,” katanya.

Warganet tidak setuju

Sementara itu berdasarkan komen warga maya, rata-rata tidak bersetuju dengan permintaan dari pihak i-Guru tersebut.

Sebelum ini, ketika sekolah ditutup akibat PKP, isu gaji guru menjadi pertikaian sesetengah pihak dan boleh dikatakan majoriti warganet menyokong agar soal gaji guru tidak disentuh.

Namun tidak kali ini, apabila ramai meminta pihak guru tidak membuat permohonan melampau.

”Bukan ke cikgu-cikgu umpama lilin. Rela berkorban demi anak bangsa.. time interview kan cakap sanggup nak mngajar pendalaman.. takkan tak boleh berkorban sikit demi anak bangsa..” komen Firdaus

”Kalau tak dapat gaji full masa pkp/ cuti tanpa gaji tu faham la. Ni bank pun dah bagi moratorium 6 bulan..lagi nak mintak diskaun. Kalau orang kerja swasta/kerja2 yang berisiko diberhentikan musim2 covid ni..faham la..” komen Izhar

”Saya tak setuju.Tlg la duit kau org tu la nak dijadikan sebahagian talian hayat untuk kos operasi syarikat penerbangan termasuk gaji pekerja dan sebagainya. Tak kesian kah dengan staf diaorg?” komen Khairul

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*