Pnyanyi YasinSulaiman Sempat HasilkanLagu DekatPenjara, Ini Llrik DiaYang Sangat Mndalam

Penyanyi Yasin Sulaiman yang kini ditempatkan di P.enjara Sungai Buloh mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman dan peminat.

Perkara itu disampaikan abang penyanyi itu, Zain Sulaiman, 50, yang melawat Yasin, semalam.

Alhamdulillah semalam saya dan adik beradik lain dapat melawat Yasin. Dia mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman-teman dan peminat.

Yasin juga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi sokongan secara rahsia dan terbuka.

Perjumpaan selama 30 minit saja. Kami adik-beradik bergilir-gilir bersembang dengannya, katanya. Menurut Zain, Yasin yang juga pes.akit bi.polar berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah dia okay. Dia ambil ubat secara konsisten,” katanya. Dalam masa sama, Zain berharap ada khabar gembira dan sinar baharu buat adiknya itu pada sebutan k.es 18 Mei ini.

“Tarikh sebutan k.es di M.ahkamah Petaling Jaya adalah hari yang ditunggu-tunggu olehnya,” katanya.

Cipta Lagu Baru

Tidak hanya berpeluk tubuh di P.enjara Sungai Buloh a.kibat tuduhan mengedar d.adah, penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan lagu baharu di sebalik tirai besi.

Perkembangan terbabit dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Yasin sebentar tadi.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di P.enjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” coretnya.

Lirik lagu berkenaan dimulai dengan frasa bebaskan aku seperti meminta pertolongan bahawa dirinya mahu dibebaskan dari pen.jara.

“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,” demikian antara nukilan lirik meruntun jiwa yang dikongsikan dalam Instagram Yasin.

Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera bahawa nama Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik P.enjara Sungai Buloh.

Turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Sekadar info, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh M.ahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok g.anja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.

Sumber/Kredit: Kosmo/HM via online malaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*