Hampir 90 Peratus AJK Bersatu Letak Jawatan, 16 Cawangan Bersatu Bahagian Langkawi Automatik Bubar!

LANGKAWI – Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Langkawi, Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Langkawi.

Shukor berkata, susulan pengumuman itu, sebanyak 16 cawangan Bersatu Bahagian Langkawi yang melibatkan lebih 4,900 ahli turut terbubar secara automatik.

“Kami ahli Bersatu Langkawi atas dasar dan sejajar dengan matlamat perjuangan untuk menghapuskan salah guna kuasa, rasuah (kleptokrasi) dan demi membina kemakmuran Malaysia yang mengutamakan agama, bangsa dan negara adalah dengan ini kami bersama sepakat untuk meletakkan segala jawatan di dalam parti Bersatu.

“Kami dengan rela hati tanpa ada paksaan mengisytiharkan keluar dari parti berkuat kuasa serta-merta,” kata dalam sidang akhbar khas pembubaran Bersatu Bahagian Langkawi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar bagi mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti itu ialah Puteri Fataharyati Harun (setiausaha), Zamre Yahya (ketua penerangan) dan Azlina Mansor (ketua Srikandi). – Bernama


Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*