Ramai Memuji Ben Amir Akhirnya Bertemu Pelukis Berbakat

Sebelum ini tular di media mengenai seorang wanita yang bertubuh kerdiil menghasilkan potret Ben Amir yang nampak cukup sempurna sekali. Meskipun pergerakannnya terbatas disebabkan peny4kit dihidapinya sejak lahir, namun bakat melukis Fariza cukup mengagumkan.

Ben turut memuji bakat dan usaha wanita itu melakukan sesuatu yang dicintainya selain kagum dengan semangat Fariza.

Fariza bertubuh kerdiil kerana menghidap peny4kit jarang jumpa, Mucopolysaccharidosis Type 4 (MPS 4) sejak lahir sekali gus membataskan pergerakannya.

Dan terbaru, wanita berusia 34 tahun itu berjaya bertemu pelakon pujaannya, Ben Amir. Pertemuan itu dikongsikan oleh Ben Amir sendiri melalui laman Instagramnya sebentar tadi.

PELAKON Ben Amir, 29, meluangkan masa melawat keluarga wanita bertubuh kerdiil, Nur Fariza Abu Hassan, 34, semalam yang melukis potretnya sehingga tular baru-baru ini.

Menerusi ruangan kapsyen, Ben Amir cukup menghargai bakat lukisan potretnya yang dihasilkan Fariza. Malah dia turut berkongsikan ia adalah potret pertama yang dilukis Fariza setelah 2 minggu dia melukis.

Selain itu Ben Amir juga berharap agar usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada orang lain.

It was great meeting you and your family ! Percaya tak ni 1st portrait yang Fariza lukis? 2 minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben. We can do amazing things when we put our mind to it. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua. Definitely will hang on my wall 

“Saya sangat gembira bertemu awak dan keluarga. Percaya tak, ini adalah potret pertama yang Fariza lukis? Dua minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben.

“Kita boleh melakukan perkara yang hebat apabila kita meletakkan seluruh fokus kepadanya. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua. Semestinya akan saya gantung di dinding rumah,” katanya menerusi Instagram.

Pelakon terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran pertemuan itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan hasil seni Fariza mendapat perhatian pelakon itu yang menyatakan kesudian membeli potret dihasilkannya, baru-baru ini.

Tawaran itu disampaikan Ben menerusi Twitter kepada adik Fariza, Ahmad Faiz yang berkongsi lukisan berkenaan pada 7 November lalu.

Fariza mengakui terkejut apabila mengetahui Ben mahu membeli lukisan berkenaan kerana menyangka pelakon itu tidak perasan naskhah istimewa terbabit.

Perkongsian Ben Amir ini meraih lebih 40,000 likes sejak dimuat naik seminggu lalu.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Super impressed..she is so talented”

“Mashallah! Allah blessed her with such talent!”

“Wah terbaiklah”

Untukmu Ben Amir

ZAHIRNYA, Nur Fariza Abu Hassan bertubuh kerdiil kerana menghidap peny4kit jarang jumpa, Mucopolys4ccharidosis Type 4 (MPS 4) sejak lahir sekali gus membataskan pergerakannya.

Namun, wanita berusia 34 tahun itu dikurniakan bakat melukis yang dimanfaatkan sepenuhnya hingga bergelar pelukis sepenuh masa sejak tiga tahun lalu.

Selain peminat karyanya, hasil seni Nur Fariza turut mendapat perhatian pelakon, Ben Amir yang menyatakan kesudian membeli potret dihasilkannya, baru-baru ini.

Tawaran itu disampaikan Ben Amir menerusi Twitter kepada adik Nur Fariza, Ahmad Faiz yang berkongsi lakaran berkenaan pada 7 November lalu.

Nur Fariza ketika dihubungi berkata, dia sangat meminati Ben Amir tetapi tidak pernah berharap pelakon popular itu akan ‘menyapanya’ terutama selepas lukisan itu dihasilkan.

“Sebenarnya, saya tidak pernah melukis potret tetapi cuba menghasilkannya ketika mengikuti kelas bersama seorang pelukis yang datang ke rumah, baru-baru ini.

“Saya mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkannya kerana agak susah memandangkan teknik digunakan berbeza, selain perlu teliti untuk hasilkan karya yang nampak ‘hidup’.

“Bahagian paling sukar adalah mata dan saya hanya menjadikan gambar Ben Amir di Instagram (IG) sebagai rujukan. Tak sangka pula, selepas siap, karya itu mendapat perhatian Ben,” katanya.

Anak keempat daripada lima beradik itu mengakui terkejut apabila mengetahui Ben mahu membeli lukisan berkenaan kerana menyangka pelakon itu tidak perasan naskhah istimewa terbabit.

“Ini kerana dia (Ben Amir) mempunyai ramai pengikut di laman sosial dan walaupun meminatinya, saya tidak pernah meletak harapan untuk dia melihat, jauh sekali membeli hasil karya saya,” katanya.

Bercerita latar belakangnya, Nur Fariza berkata, dia adalah pelajar aliran seni ketika di sekolah dan minat mendalam dalam bidang itu mendorongnya mengikuti kelas lukisan selepas tamat persekolahan.

Katanya, kebanyakan karyanya dikongsikan di IG dan tempahan diterima daripada pengikutnya menaikkan semangat dan keyakinannya untuk berkarya lebih banyak lagi.

“Mulanya ia hanya hobi saja kerana saya malu dan kurang keyakinan diri tetapi semakin lama, minat itu bertukar menjadi kerjaya sepenuh masa.

“Tahun lalu, beberapa karya saya dipamerkan di sebuah galeri di Pelabuhan Klang, Selangor antaranya, lukisan rumah kampung, nasi lemak dan karakter daripada filem Star Wars.

“Walaupun mempunyai kekurangan diri, saya tiada masalah untuk melukis sebaliknya boleh berdikari ketika di rumah. Misi saya mahu terus berkarya dan perbaiki diri lagi,” katanya yang bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak dalam tempoh lama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit : instagram @Ben Amir, Hmetro via Lepat Pisang

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*