Harga Kereta Perodua Turun Sebanyak Ini Hari Ini, Banyak Lagi Syarikat Kereta Lain Akan Menyusul

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjadi syarikat automotif pertama menurunkan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus berkuatkuasa hari ini.

Peneraju pasaran automotif tempatan dalam satu kenyataan berkata, pengurangan harga itu bagaimanapun dipecahkan dua slot iaitu bermula hari ini hingga 14 Jun membabitkan pemberian rebat tunai untuk mengurangkan harga sebelum harga rendah berkenaan dikekalkan sepanjang tempoh pengurangan cukai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata senarai harga baharu semua modelnya selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Walaupun tempoh pengurangan cukai bermula 15 Jun 2020, PERODUA akan memberikan rebat tunai antara tiga hingga enam peratus bagi pembelian kenderaan kami bermula hari ini.

‚ÄúKami ingin mahu orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui jumlah rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15 Jun,‚ÄĚ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Barisan model semasa Perodua merangkumi Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza.

Zainal Abidin berkata, PERODUA menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik.

“Rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati dalam berbelanja ekoran C0v dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kenderaan persendirian masih diperlukan pada masa yang sukar ini.

“Pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD meyakinkan industri automotif, bukan sahaja pelanggan tetapi keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar.

‚ÄúSeiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu,‚ÄĚ katanya.

Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam lima bulan pertama 2020, menguasai 41 peratus pasaran berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat tahun ini.

Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan modelnya, PERODUA telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lalu untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

‚ÄúSebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami ingin menyatakan semula komitmen kami kepada kerajaan untuk membantu industri menempuhi fasa yang sukar ini,‚ÄĚ tambah Zainal Abidin.

Sementara itu, beberapa syarikat automotif lain termasuk Proton Holdings Bhd (PROTON); Sime Darby Auto Hyundai (SDAH); Mitsubishi Motors Malaysia (MMM); TC Euro Cars (TCEC); Honda Malaysia; dan UMW Toyota Motor akan mengumumkan senarai harga baharu kenderaan keluaran masing-masing dalam masa terdekat atau selewat-lewatnya awal minggu depan.

BeritaHarian, SAMBAL TUMIS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*