Hari Ini 43 kes Positif CoV-19 Baharu Dengan 15 Kes Melibatkan Warganegara

MALAYSIA: Dilaporkan pada hari ini terdapat 43 kes baharu positf CoV-19 di Malaysia menjadikan jumlah kes keseluruhan yang dicatatkan adalah sebanyak 8445 kes setakat hari ini 13 Jun 2020 jam 12 tengahari.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjngkitan CoV-19 adalah 1014 kes dan mereka telah diberi rawatan di hospital dan juga telah diasingkan menurut ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau turut memaklumkan daripada 43 kes direkodkan pada hari ini, 5 kes adalah kes import yang mendapat jngkitan CoV-19 dari luar negara melibatkan 4 warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Manakala baki 38 kes adalah jngkitan di dalam negara di mana 23 kes adalah bukan warganegara dan selepasnya adalah dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri

Untuk pengetahuan semua, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa sehingga ke hari ini terdapat 4 orang berada di ICU dan tiada kes yang memerlukan kepada bantuan pernafasan.

Malaysia baru sahaja memasuki fasa pemulihan yang dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan selepas berakhirnya PKPB.

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa Malaysia akan umumkan bebas CoV-19 sekiranya 28 hari tidak ada kes baharu positif CoV-19. Mampukah kita ?

Semoga rakyat Malaysia terus mematuhi arahan dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan KKM dan kerajaan Malaysia.

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*