Hari Ini Rezeki Petugas Media Apabila Agong Belanja Makan Tempoyak Ikan Patin Pahang

Jika sebelum ini, para pengamal media yang bertugas di Istana Negara dijamu dengan makanan segera iaitu KFC dan MacDonald, tetapi hari ini dikatakan lebih istimewa.

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram rasmi Istana Negara, memaparkan beberapa foto pegawai Istana mengedarkan makan berupa nasi berlauk tempoyak ikan patin.

Rezeki wartawan!

Setelah penat bekerja daripada pagi ke malam, sudah semestinya para petugas media tiada masa untuk membeli makanan.

Malah masa rehat mereka juga tidak menentu, justeru lihat betapa gembiranya para petugas hari ini dijamukan dengan makanan masakan kampung.

Rasa macam nak tunggu dekat Istana juga

Melihat sikap prihatin pihak istana, di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan ribuan terima kasih kerana menghargai penat lelah wartawan yang bertugas menyampaikan berita.

Dah ada meja, mesti ada nasi

Syabas pihak Istana Negara dan para wartawan, terus jalankan tugas dengan baik demi negara tercinta. Semoga segala penat lelah ini membuahkan hasil.

Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

Istana Negara ini juga mempunyai 3 laluan masuk utama iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan. Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun adalah pintu masuk bagi Tetamu-Tetamu Diraja.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber :OhMyMedia/IstanaNegara

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*