Hari Lahir Faizal Hussein Jatuh Pada Hari Ini, Tapi Anak Dia Jadi Tumpuan Netizen

Bila disebut nama AZROY,  siapa yang tak kenal dengan pelakon terkenal yang membintangi filem Gila Gila Remaja, dari muda ke tua tak kira bangsa hampir semua mengenali siapakah AZROY.

Lakonan Faizal Hussein dalam filem Gila Gila Remaja umpama satu sejarah dalam Malaysia dimana filem tersebut masih memberi impak sehingga kini.

Kalau disebut tentang Faizal Hussein pula, mesti ramai akan cakap macam tak tua langsung. Muka tidak dimamah usia. Ada lah kedut kedut sikit tetapi raut wajah, suara malahan rambut masih sama waktu beliau melakonkan watak Azroy ketika waktu remaja.

Selamat Harijadi AZROY (Faizal Hussein)

Siapa sangka dengan penampilan ‘maintain’ muda sejak dahulu, pelakon hebat Faizal Hussein menyambut ulangtahun kelahiran ke-53 tahun pada hari ini.

Pada usia yang menginjak separuh abad, pelakon yang terkenal dengan watak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja itu masih menjadi pilihan penonton di layar perak.

Gambar Ketika Sambutan Hari Lahir Tahun Lalu

Baru-baru ini, beliau memuat naik sebuah posting di laman Instagram yang bergambar bersama isteri Suhaila Sulaiman serta anak-anaknya Fazryn dan Fazrick sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.

NETIZEN MULA ‘MENGUSIK’ ANAK PEREMPUAN FAIZAL HUSSEIN

Jarang berkongsi mengenai kisah peribadi, posting tersebut mengundang pelbagai komen netizen memuji kecantikan ahli keluarganya malah terdapat juga individu yang mengusik beliau dengan panggilan ‘ayah’.

Bermacam macam komen yang ditinggalkan oleh netizen di posting Faizal Hussein. Selain mengucapkan selamat hari jadi mereka sempat lagi bergurau senda.

Memang cantik anak Faizal Hussein. Manis je tengok ..

Kekal muda je muka!

Dari dulu sampai sekarang, ramai yang membesar dengan karya drama dan filem lakonan Faizal. Semoga beliau terus panjang umur & dimurahkan rezeki

IG Faizal Hussein via AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*