Hasil Undian, Ini Senarai Aktiviti Diharap Dapat Dilonggarkan Selepas 9 Jun

MAJORITI rakyat Malaysia berharap pergerakan rentas negeri akan dilonggarkan semula selepas 9 Jun ini.

Dapatan itu berdasarkan pungutan suara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram pada Selasa yang mendapati orang ramai mahu supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula.

Ini kerana, daripada lapan pilihan peraturan yang diberikan, kebenaran rentas negeri paling banyak mendapat jumlah undian iaitu 64 peratus daripada lebih 222,500 responden.

Berdasarkan daripada pungutan suara yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram, orang lebih memilih supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula.
Berdasarkan daripada pungutan suara yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram, orang lebih memilih supaya pergerakan merentas negeri dibenarkan semula.

Ini diikuti dengan aktiviti keagamaan yang mana sebanyak 57 peratus membuat pilihan supaya larangan melakukan aktiviti keagamaan dibenarkan semula.

Manakala aktiviti pendidikan juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang mana sebanyak 35 peratus memilih agar sektor pendidikan beroperasi semula seperti biasa selepas 9 Jun kelak.

Setakat ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian hingga 31 Disember ini.

Manakala keputusan pembukaan semula sekolah masih sedang dalam tempoh perincian oleh pihak-pihak tertentu bagi melihat sama ada ia wajar dibuka semula dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Untuk pilihan jawapan perniagaan tanpa premis iaitu melibatkan penjaja, pasar minggu, pasar tani, pasar malam, sebanyak 34 peratus memilih supaya ia dibenarkan semula.

Perkhidmatan gunting rambut juga memperoleh 34 peratus jumlah undian dan ia merupakan pilihan kelima tertinggi dalam peraturan yang ingin dilonggarkan oleh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, aktiviti hiburan dan riadah seperti panggung wayang, karaoke, muzium, taman tema meraih sebanyak 12 peratus.

Ia diikuti dengan aktiviti seni kreatif iaitu melibatkan penggambaran, rakaman filem, drama dan dokumentari yang mana hanya mendapat 10 peratus undian yang berkemungkinan melibatkan pemain industri penggambaran.

Bagaimanapun, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP pada Selasa telah membuat keputusan untuk membenarkan pengambaran filem bermula 10 Jun 2020.

Ingin diingatkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti penggambaran filem untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Penjarakan sosial serta kebersihan diri harus diamalkan pada setiap masa.

Terakhir sekali yang paling mendapat jumlah undian sedikit dalam pungutan suara MKN itu ialah aktiviti perjudian yang mana cuma sebanyak tiga peratus sahaja dikumpulkan.

PKPB: Boleh Rentas Negeri Untuk Urusan Akad Nikah, Sesi Foto Pra Perkahwinan

Alhamdulillah, berita baik buat pasangan yang ingin berkahwin!

Semenjak PKPB dilaksanakan, ramai yang mengalami kesulitan untuk berkahwin kerana terpaksa melakukan akad nikah menerusi online.

Namun hari ini, Menteri Kanan Keselamatan memaklumkan bahawa rentas negeri untuk tujuan akad nikah dan aktiviti untuk mengambil foto pra perkahwinan dibenarkan.

Tidak lebih 20 orang dalam satu majlis

Untuk sesi foto pra perkahwinan, jurugambar dibenarkan untuk mengambil gambar pasangan pengantin di mana-mana lokasi yang dipilih.

Walaubagaimanapun, dalam situasi ini, pihak pengantin perlu mematuhi SOP iaitu tidak membenarkan lebih 20 orang dalam satu aktiviti atau urusan majlis.

Malah, jarak sosial juga perlu dipatuhi ketika urusan majlis berlangsung.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*