‘Aku Kerjakan Untuk Dunia, Aku Tinggalkan Kerana Allah’- Hazeman Huzir Tidak Lagi Bersama Motif Viral

Pengacara Hazeman Huzir atau dikenali sebagai Haze mengesahkan dia tidak lagi bersama program Motif Viral.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Haze menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Haze, program itu banyak mengajarnya dari hal dunia hingga ke akhirat.

Selamat Tinggal Motif Viral

“ Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat.

“ Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih.

“ Aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar bertuhan,” tulisnya.

Haze memuat naik foto bersama tiga lagi pengacara lain iaitu Shalma Aina, Syafa Nisa dan Pink Azwan.

View this post on Instagram

Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat. Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih. Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan. Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama. Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official @putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab. Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu. Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah. Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai. Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian. Dan terakhirnya pesanan kepada sahabat sehidup semati, host @shalmaainaa @nnisa.mo @pinkazwan. Dan Team belakang tabir @eedavogue @hazwanyahya (ramai lagi tak dan nak sebut jangan kecik hati tau ada max nak type kat caption ni) Persahabatan kita, kekalkan. Andai tidak nampak aku di syurga, tarikkan. Yang pasti kita tidak akan putus. Hidup kita bersulam kerana MV. Kekalkan ke Jannah. Insyallah. Kepada penonton MV, aku yang hari ini kerana doa anda. Doakan pula aku istiqamah. Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati: Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia. Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah. Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It's time that I do me. Assalamualaikum.

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

Tidak menjelaskan sebab mengapa dia meninggalkan program tersebut, namun Haze memberitahu semua perkara dilakukan olehnya hanya kerana Allah.

“ Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati:

“ Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia.

“ Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah.

“ Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It’s time that I do me.

Assalamualaikum,” katanya lagi.

Haze juga kini di lihat aktif menyertai misi kemanusian di Syria. Tahniah anak muda!

View this post on Instagram

Assalamualaikum, Haze dah start masuk Syria sejak semalam ya? Yang kalian tengok ni adalah Food Basket. Dalam dia ada gula, bijirin, beras, minyak dan tepung. Kelmarin aku menjadi saksi 3 lori mengandungi pakaian sejuk, 20 tan tepung gandum dan 3000 food basket dan pelbagai. Ternampak lori-lori itu, sejujurnya aku menangis di situ juga. Kerana jujur aku cakap. Bila mana beramai-ramai derma, aku tak nampak nilainya. Sebab nilai itu hanya nombor. Nombor hanya nombor. Tapi bila nombor itu tadi bertukar menjadi barang; Jadi kain yang menyelimuti anak yatim. Makanan panas yang menghangat kesejukan malam. Bertukar kelegaan ibu tunggal risaukan perut kosong anaknya. Dan itu, tanda sayang kita dari tanah Malaysia. Untuk mereka tahu; Ada orang lain di balik sempadan, peduli. Kita peduli. Aku ingin memesan kepada mereka yang membaca ini. Sentiasa ucap "Waalaikumsalam". Kerana ketika aku bertemu setiap mereka, aku sampaikan salam. Tapi salam itu bukan dari aku. Dari anda. Yang di Malaysia. Jadi basahkan lah bibir dengan Waalaikumsalam. Kerana saat ini Aku, @ardellaryana @nadzmiadhwa sedang menyampaikan salam anda. Assalamualaikum. __________________________ @foodforhunger.official masih menerima sumbangan anda untuk kami salurkan sementara masih di sini. Pergi profile ada link okay?

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

sumber : gempak Via Petua dan Resepi Bonda

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*