‘Helikopter Warna Merah MeIanggar Ekor Helikopter Warna Biru Sebelum Terhmpas’ – Saksi

Negara Dikejutkan Dengan Tragedi Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati,Maklumat Awal Mendapati..

KUALA LUMPUR: Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan kejadian helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.

Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa.

Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, 2 lelaki dan 2 peremuan dimana 2 didapati tidak sedarkan diri.

Wartawan Di Tempat Kejadian Melaporkan,

Wartawan Di tempat Kejadian Nahas Helikopter sempat menemuramah Seorang Saksi Yang Dikenali sebagai Puteri,Mengikut keterangan daripada Saksi Nampak pertembungan di udara sebelum helikopter itu terhempas jatuh.

Menurut saksi lagi,helikopter berwarna biru ketika itu berada dihadapan dan helikopter berwarna merah dibelakang. Dakwa saksi lagi helikopter berwarna merah melanggar ekor helikopter berwarna biru sebelum helikopter berwarna biru terhempas dan helikopter berwarna merah mengambil beberapa minit sebelum melakukan pendaratan.

menurut wartawan ini,Saksi yang mahu dikenali sebagai puteri turut berkongsi maklumat ini dengan pihak polis dan juga pihak bomba.

tonton video dibawah untuk pencerahan dari wartawan ditempat kejadian nahas helikopter

Saksi sangka helikopter sedang buat tinjauan udara

KUALA LUMPUR, 8 Nov — “Saya ingatkan kedua-dua helikopter berkenaan sedang melakukan tinjauan udara dengan terbang bersama, sebelum salah sebuah daripadanya melanggar ekor helikopter yang lain,” cerita seorang saksi yang melihat kemalangan dua helikopter di Taman Melawati pagi tadi.

Saksi berkenaan Puteri Nur Ilani Ismail, 25, berkata, ketika itu dia sedang mencari daun herba untuk kegunaan memasak, 500 meter daripada tempat salah sebuah helikopter berkenaan terhempas.

“Saya berada berdekatan Bulatan Bukit Mas di sini kira-kira 11.30 pagi dan terdengar bunyi helikopter sedang terbang.

“Tiba-tiba saya terlihat helikopter berwarna merah melanggar bahagian ekor helikopter berwarna biru, yang menyebabkan ia (ekor helikopter biru) patah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui berhampiran kawasan kejadian.

Katanya, helikopter biru itu kelihatan seakan-akan tidak mampu terbang secara sempurna selepas insiden tersebut, sebelum jatuh terhempas.

“Helikopter merah bagaimanapun dilihat turun secara perlahan-lahan di sebuah kawasan berdekatan,” katanya yang tinggal di kawasan berhampiran.

Seorang lagi saksi, Muhammad Taufik Rosli, 24, yang menetap di Jalan M4, Taman Melawati mengakui mendengar bunyi dentuman kuat kira-kira pukul 11.40 pagi.

Bercerita lanjut, Muhammad Taufik pada awalnya beranggapan dentuman kuat itu datang daripada kemalangan kereta yang berlaku di jalan utama Taman Melawati, namun terkejut apabila mendapati ia berpunca daripada sebuah helikopter yang jatuh terhempas.

“Laluan ini sememangnya adalah  kawasan kemalangan kerana ia adalah jalan lurus. Jadi, saya ingat ada kemalangan kereta yang berlaku.

“Tetapi, apabila saya keluar dari rumah, saya lihat ada sebuah helikopter berwarna biru terhempas,” katanya.

Menurutnya, kawasan Taman Melawati sering kali menjadi tumpuan helikopter yang melakukan tinjauan udara terutama ketika terdapatnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki yang hilang atau jatuh di Bukit Tabur.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, dua lelaki disahkan maut dalam nahas melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara, sebelum sebuah daripadanya terhempas di Taman Melawati, Ampang dekat sini.

— BERNAMA

Kredit : TEAM WALLA

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*